14 Kali Berturut Lahirkan Anak Lelaki , Wanita Akhirnya Berjaya Melahirkan Anak Perempuan

Selepas 14 Kali Berturut-turut Melahirkan Anak Lelaki , Wanita Ini Akhirnya Berjaya Melahirkan Anak Perempuan.nangtime.com - 14 Kali Berturut Lahirkan Anak Lelaki , Wanita Akhirnya Berjaya Melahirkan Anak Perempuan

Jay Schwandt dan Kateri Schwandt mendirikan rumah tangga pada tahun 1993 dan sebelum mereka tamat pengajian di kolej, pasangan ini sudahpun mempunyai 3 orang anak yang terdiri daripada kesemua lelaki.

Meskipun berkeinginan untuk mempunyai anak perempuan, namun selepas itu, Kateri Schwandt telah melahirkan 11 lagi anak lelaki sehingga kini menjadikan mereka kini mempunyai 14 orang anak lelaki.

Pada masa ini, anak lelaki sulung mereka sudahpun berusia 28 tahun manakala anak yang bongsu pula dilahirkan pada tahun 2018.

Penantian pasangan ini berakhir apabila mendapat berita gembira, Kateri akhirnya hamil bayi perempuan. Kateri, 45 tahun akhirnya berjaya melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Maggie Jayne.

nangtime.com - 14 Kali Berturut Lahirkan Anak Lelaki , Wanita Akhirnya Berjaya Melahirkan Anak Perempuan

“Kami sangat gembira dan begitu teruja untuk menerima ‘kehadiran’ Maggie Jayne dalam keluarga kami.

“Tahun ini mempunyai banyak memori untuk banyak sebab, tapi Maggie adalah anugerah terbesar yang kami bayangkan” kata Jay.

Anak sulung mereka yang bernama Tyler Schwandt berkata “Ibu bapa saya akhirnya dikurniakan seorang gadis kecil yang mereka sendiri tidak pernah sangkakan”

nangtime.com - 14 Kali Berturut Lahirkan Anak Lelaki , Wanita Akhirnya Berjaya Melahirkan Anak Perempuan

Kehadiran Maggie menjadikan keluarga ini kini mempunyai 15 orang anak setakat ini.

Facebook Comments Box