19 Tahun Kahwin, Lelaki Baru Sedar Isterinya Bukan Wanita

Rahsia penyamaran seorang ‘wanita’ warganegara Indonesia akhirnya terbongkar selepas suaminya menyedari identiti sebenar ‘isteri’nya, Monica yang juga merupakan seorang lelaki. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila penyamaran itu hanya diketahui si suami, Jan selepas 19 tahun mereka mendirikan rumah tangga.nangtime.com -  19 Tahun Kahwin, Lelaki Baru Sedar Isterinya Bukan Wanita

Menerusi laporan Tribun News, pada awalnya Jan yang merupakan seorang lelaki warga Belgium langsung tidak mengesyaki apa-apa terhadap Monica memandang penampilan dan gaya isterinya itu persis seperti seorang wanita tulen walaupun dia tidak pandai melakukan kerja seorang wanita. Menceritakan kisah itu, Jan memberitahu mereka mula mengenali antara satu sama lain pada tahun 1993 sejak wanita itu berpindah ke Antwerp, Belgium.

Namun hubungan menjadi lebih akrab dan kemudian menjalinkan hubungan cinta. Tidak lama selepas itu, pasangan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin. Menurut Jan yang juga seorang duda anak dua itu, proses perkahwinan mereka terlalu sukar dan diuji dengan pelbagai dugaan dek kerana mempunyai masalah dalam urusan dokumen.

Tambahnya lagi, pegawai yang bertugas seringkali menanyakan mengenai identiti sebenar Monica tetapi segala persoalan tersebut berjaya dielak wanita ini sehingga dia telah diterima untuk menetap di Belgium dalam satu jangka masa yang lama.

nangtime.com -  19 Tahun Kahwin, Lelaki Baru Sedar Isterinya Bukan Wanita

 

Selepas selesai urusan dokumen, mereka kemudian berkahwin dan memandangkan Jan sudah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu, pasangan ini bersepakat untuk tidak mempunyai zuriat lagi dan hanya menumpukan perhatian dengan menjaga dua orang anak Jan tersebut. 

Menceritakan kisah itu, Jan mengakui Monica merupakan seorang ‘isteri’ dan ‘ibu’ yang sangat baik kerana telah menjaga dan melayan kerenah kedua-dua anaknya seperti anak kandungnya sendiri.

Dia selalu menjadi ‘ibu’ yang baik untuk anak-anak saya, dia pandai memasak, bersihkan rumah dan pandai dalam hal pakaian.

Menurut Jan, keadaan tiba-tiba berubah sebaik sahaja Monica mendapat satu pekerjaan stabil di sana. Bermula sejak itu, dia mula berpakaian seksi dan memuatnaik gambar tersebut di media sosial sehingga anak-anak itu juga perasan akan perubahan sikap ‘ibu’ tiri mereka. Disebabkan itu, ketika Monica berpakaian seksi, dia telah melihat ke arah lutut ‘isteri’nya dan dia begitu terkejut apabila melihat bulu yang ada pada lutut Monica tidak kelihatan seperti lutut seorang wanita.

 

Bukan itu sahaja, Jan juga turut menemui beberapa mesej perbualan Monica bersama lelaki lain. Berikutan daripada beberapa ‘petunjuk’ yang ditemuinya itu, Jan dan kedua-dua anaknya mula mengesyaki identiti sebenar Monica ditambah pula dengan desas-desus yang mengatakan ‘isteri’nya itu sebenarnya seorang lelaki.

nangtime.com -  19 Tahun Kahwin, Lelaki Baru Sedar Isterinya Bukan Wanita

Jan kemudian bersemuka dengan Monica untuk mendengar sendiri kebenaran dari mulut Monica mengenai identiti sebenarnya. Selepas melakukan perbincangan, Monica akhirnya mengaku bahawa dia merupakan seorang transgender dan telah melakukan pembedahan aIat suIitnya.

Dia telah minum ubat selama bertahun tahun dan ketika kami melakukan hubungan lNTIM, saya tidak merasakan ada benda yang pelik, hanya biasa sahaja. Sekarang baru saya faham kenapa. Dunia saya hancur, tertipu selama hampir 20 tahun.

Selepas berbincang, Jan akhirnya membuat keputusan untuk menceraikan Monica dan dia telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikologi.

Sumber:  Intisari Online

Facebook Comments Box