8 Kes Import Covid-19 Dari Malaysia Dikesan Di Myanmar

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar hari ini memaklumkan lapan kes COVID-19 dikesan dalam kalangan rakyatnya yang baru diusir pulang dari Malaysia susulan penahanan mereka kerana tidak memiliki dokumen sah.nangtime.com - 8 Kes Import Covid-19 Dari Malaysia Dikesan Di Myanmar

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Than Naing Seo, berkata kes baharu itu dikesan di lima kawasan berasingan dalam kalangan 120 rakyatnya yang dihantar pulang dari Malaysia baru-baru ini dan kesemua mereka dikuarantin.

Myanmar setakat ini melaporkan 191 kes COVID-19 termasuk enam kematian.

Jabatan Imigresen Malaysia menahan lebih 1,800 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam sekurang-kurangnya dua serbuan berikutan usaha membendung penularan COVID-19.

Bagaimanapun, serbuan itu menimbulkan kebimbangan apabila golongan berisiko mungkin bersembunyi, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 dalam keadaan sesak di pusat tahanan.

nangtime.com - 8 Kes Import Covid-19 Dari Malaysia Dikesan Di Myanmar

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan menerima laporan satu kes COVID-19 dalam kalangan warga Myanmar yang dihantar pulang.

Bagaimanapun, seramai 473 individu terbabit ditahan sebelum kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang bermula 18 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada sidang media harian, menjelaskan semua tahanan terbabit menjalani saringan COVID-19. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box