Seorang pemandu Grab berkongsikan kisahnya semasa mengambil student dari sebuah universiti tempatan. Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang pemandu grab yang dikongsi melalui posting di akaun FB beliau.
Suatu pagi saya on Grab memandangkan lama tak mengayuh. Hari ini pun tak ada apa-apa appointment. Jadi pagi-pagi lagi saya dah hidupkan kereta dan cari penumpang di sekitar seksyen 7. Manalah tahu kot-kot ada pelajar UiTM atau unisel yang comel-comel tersangkut.
Dalam masa mengayuh sempat juga cuci mata. Tapi sebelum itu ramai rakan-rakan yang memandu grab/uber pernah bercerita mereka malas nak ambil penuntut-penuntut perempuan melayu ini. Tak ada adab katanya. Dia orang lebih senang ambil penumpang perempuan bukan muslim.
Semasa tengah mengelamun tiba-tiba ping masuk di kawasan perumahan dan ada permintaan untuk ke UiTM. Sewaktu tiba di kawasan tersebut dari jauh nampak seorang gadis yang agak serabai macam tak mandi. Muka pun nampak macam terpaksa bangun tidur. Sementara dalam hati ini mesti bangun lewat sebab semalam berdating.
Selang beberapa saat pintu dibuka dan Bamm..!! Pergh dia hempas pintu kereta aku!? Sudaahlah salam tak diberi. Jadi hendak dipendekkan cerita sampai sahaja dilokasi drop off si gadis melayu tadi hulur duit Rm4.00 dan buka pintu.
Tapi belum sempat dia tutup pintu saya pesan dekat dia ”tutup pintu perlahan-perlahan tau, tambang awak tak menampung kerosakkan pintu saya”. Dengan muka sengeh macam kerang busuk si gadis itu menutup pintu dengan perlahan dan berlalu tanpa ucapan terima kasih mahupun salam.
Okay itu kisah pertama. Tidak lama selepas masuk pula request ke dua pickup point di Kolej Melati. Elok sahaja sampai di sana kira-kira 3 gadis sudah menunggu barangkali pelajar kolej. Kelihatan dari jauh salah seorang dah menunjuk-nunjuk ke arah kereta saya dan ketiga-tiga orang gadis itu sudah tersengih-sengih sesama sendiri.
Adakah kerana kecantikan kereta saya atau kerana kekacakkan saya barangkali. Namun firasat kuat mengatakan kerana kekacakkan saya, hehe.. Pintu dibuka dan Bam Bam Bamm!! Omakk kau. Sama juga perangai. Dalam hati nak tegur tapi risau ‘saham’ jatuh pula nanti. Sudahlah tak beri salam juga.
Sewaktu dalam pada masa menuju ke destinasi, riuh rendah la mereka berborak. Dah macam KL gangster pula bahasa dia orang. B*bi, sial, celaka dan semua keluar dalam gurauan. Paling penting, mereka bertudung pula itu. Tiba-tiba salah seorang ajak berborak. “ Bang, tak sayang kereta ke kereta sport macam ini buat grab?” Saya senyum sambil balas “mana ada rezeki halal saya sapu saja”.
Kemudian gadis yang duduk belakang bersuara“ Abang dah ada teman wanita ke? Kawan saya ini tawarkan abang jadi boifren dia” “Kim*k la kau”. Balas rakannya kat sebelah sambil tersengeh dan disahut gelakkan rakan-rakan . Wow? Berani betul minah-minah ini. Aku pulak yang malu kena tanya macam tu. Sampai sahaja ke destinasi saya sempat beritahu tutup pintu perlahan-lahan. Salah seorang dari 3 gadis ini sahaja yang ucap terima kasih.
Kebiasaannya saya rancak berborak dengan penumpang tapi apabila berdepan dengan spesis macam ini memang mati akal jadinya. Berbeza pulak dengan penuntut lelaki yang saya pickup dengan penuh adab dan hormat dia orang masuk dan beri salam. Seronok kami berborak dan paling penting, respek itu ada.
Sejak itu, lepas ini jangan pelik kalau abang-abang atau kakak-kakak grab/uber dingin saja bila pickup pelajar-pelajar sebegini. Jawapan dia ada dalam coretan ini.
Walaupun bukan sekali dua ambil pelajar perempuan macam ini, tapi pernah satu hari ambil pelajar universiti/ kolej seperti MSU, Unisel dan lain-lain pun sama. Bukan semua yang tak ada adab tapi sangat susah nak jumpa, mungkinkah spesis gadis Melayu yang disemai dengan adab-adab melayu ini semakin pupus? Seharusnya semakin tinggi tahap intelektual semakin tinggi nilai kesopanan dan keberadaban dalam diri.
Memang sangat ketara nilai-nilai adab kesopanan gadis Melayu berbanding gadis bukan Melayu. Bukan niat hendak membandingkan tapi inilah hakikat yang berlaku pada diri sendiri. Tidaak percaya tanyalah pemandu-pemandu grab dan uber mereka lebih senang dengan passenger bukan non muslim. Bukan sebab seksi atau sebagainya tapi disebabkan adab mereka.
Walaupun mereka tak pandai beri salam tapi tak pernah lagi admin ambil mereka tanpa greeting dari mereka. Sekurang-kurangnya mereka ucap Hi, Hello dan terima kasih/thank you dengan senyuman manis tak pernah lekang.
Jadi pemandu nak drive pun ada mood yang bagus. Jujur saya cakap tak pernah lagi penumpang non malay tak ucap greeting dan terima kasih. Secara teorikalnya mereka lebih beradab dari gadis melayu yang penuh dengan nilai murni kononnya.
Mungkin ada yang bertanya kenapa coretan ini memfokuskan kepada siswi Melayu sahaja? Sebenarnya cerita tentang grab ini hanyalah contoh situasi sahaja. Fokus utama harus diingatkan bukan nilai intelektual sahaja lambang seorang muslimah dan seorang Melayu.
Selain itu rohani dan adab kesopanan juga perlu seimbang. Sudah la rata-rata lepasan siswazah perempuan Melayu letak harga hantaran tinggi tapi belum tentu lepas kahwin mereka tahu masak dan pandai jaga hati suami. Sepatutnya mentaliti ayah-ayah dan ibu-ibu juga perlu berubah.
Tidak salah meletakkan hantaran seseorang anak perempuan tinggi namun tak patut diukur dengan kelayakkan atau sijil-sijil yang dimiliki anak tapi perlu diukur dengan tahap berapa suburnya nilai-nilai insaniah dalam diri anak perempuan mereka.