Ada Sebab Kenapa Semut Suka Bersarang Dalam Suis Elektrik, Bahaya Jika Dibiarkan

Semut merupakan antara serangga yang paling selalu kita temui di rumah. Boleh dikatakan setiap rumah mesti akan ada semut.Ada Sebab Kenapa Semut Suka Bersarang Dalam Suis Elektrik, Bahaya Jika Dibiarkan

Semut biasanya sukakan benda-benda yang manis dan jika kita malas nak kemaskan atau tidak bersihkan rumah dengan baik, maka kemungkinan besar akan ada sesuatu tempat yang menjadi tempat semut bersarang.

Salah satu tempat yang sering jadi tempat semut bersarang ialaah dalam suis elektrik di rumah. Pelik juga kan, dalam banyak-banyak tempat kenapa dalam suis itu juga yang menjadi pilihan semut-semut ini untuk bersarang.Ada Sebab Kenapa Semut Suka Bersarang Dalam Suis Elektrik, Bahaya Jika Dibiarkan

Tapi pernahkah anda terfikir kenapa semut suka bersarang di dalam kotak suis elektrik? Menurut Public Health Malaysia, semut-semut suka bersarang disana kerana tertarik dengan gelombang elektrik.

Renjatan elektrik akan membunuh semutsemut berkenaan dan membebaskan sejenis bahan kimia pheromones. Pheromones ini akan menarik lebih ramai lagi semut untuk datang dan bermakna akan ada lebih lebih banyak semut yang mati di situ!Ada Sebab Kenapa Semut Suka Bersarang Dalam Suis Elektrik, Bahaya Jika Dibiarkan

Akibatnya, suis yang menjadi tempat semut-semut ini bersarang biasanya akan cepat rosak dan terpaksa digantikan dengan yang baru, Malah ianya juga boleh mengakibatkan kerosakan pada peralatan elektrik.

Ada Sebab Kenapa Semut Suka Bersarang Dalam Suis Elektrik, Bahaya Jika DibiarkanOleh itu, untuk menghalang perkara ini daripada berlaku, anda boleh ikuti beberapa cara di bawah ini:

  • Pastikan ruang ruang barang elektrik di rapatkan
  • Letakkan bahan penghalau semut di kotak elektrik
  • Sentiasa prihatin jika nampak semut mula berkumpul di barang elektrik
  • Lakukan pembersihan dengan berkala

Kredit: Public Health Malaysia

Facebook Comments Box