Ada Suami Tapi Dah 10 Bulan Tak Jumpa, Isteri Akui Hidup Macam Ibu Tunggal, Besarkan Anak Sendirian

Ada Suami Tapi Dah 10 Bulan Tak Jumpa, Isteri Akui Hidup Macam Ibu Tunggal, Besarkan Anak Sendirian.nangtime.com -  Ada Suami Tapi Dah 10 Bulan Tak Jumpa, Isteri Akui Hidup Macam Ibu Tunggal, Besarkan Anak SendirianSelama 10 bulan berjauhan gara-gara penutupan pintu sempadan, ternyata ia bukanlah satu tempoh masa yang pendek bagi pasangan Ezatul Hani dan suaminya, Umarul Nazim.

Dalam tempoh tersebut, selain rindu yang sarat menggunung, pelbagai dugaan terpaksa dihadapi pasangan ini apatah lagi buat Ezatul Hani yang membesarkan bayi mereka berseorangan.

Menurut Ezatul Hani, suaminya yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat pembuatan di Singapura pergi ke negara itu sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada 18 Mac lalu.

 

Ketika itu, dia sendiri sedang dalam tempoh berpantang selepas sebulan melahirkan puteri sulung mereka, Nadeeraa Hayfaa, yang kini berusia 10 bulan.

“Tiga bulan pertama memang tempoh yang agak sukar tambahan pula bayi kami kecil lagi. Namun saya bangkit perlahan-lahan untuk hadapi hakikat. Alhamdulillah keadaan bertambah baik.nangtime.com -  Ada Suami Tapi Dah 10 Bulan Tak Jumpa, Isteri Akui Hidup Macam Ibu Tunggal, Besarkan Anak Sendirian

“Tapi bila dah okay, dah bangkit, saya berdepan pula dengan persepsi segelintir orang sekeliling. Ada yang tanya ‘bila suami nak balik?’ dan ada pula yang fikir kami pentingkan duit dan kerja.

“Bukan saya saja, ada juga kawan-kawan yang suami mereka bekerja di Singapura, turut mengadu benda yang sama. Perkara seperti ini yang kadang kala buatkan kita ‘demotivate’.

 

Ezatul Hani dan Umarul terpisah sejak 10 bulan lalu kerana penutupan pintu sempadan.

“Malaysia dan Singapura ada persetujuan tentang skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), namun tak semua syarikat bersedia untuk benarkan staf mereka pulang. Ada juga syarat-syarat yang ditetapkan seperti ujian swab, kuarantin yang perlu ditanggung sendiri… semuanya tak semudah yang disangka,” kata Ezatul Hani yang kini menetap di Skudai, Johor.

Bercerita mengenai cabaran yang dihadapinya sepanjang ketiadaan suami di sisi, Ezatul Hani berkata dia terpaksa melakukan pelbagai perkara seorang diri yang mana ia benar-benar menguji emosinya.

“Paling menguji adalah ketika anak kami jatuh sakit… dia dua kali diserang demam. Masa itu memang mental breakdown. Ketika saat-saat seperti itu sudah tentu kita nak sangat ada pasangan di sisi.

nangtime.com -  Ada Suami Tapi Dah 10 Bulan Tak Jumpa, Isteri Akui Hidup Macam Ibu Tunggal, Besarkan Anak Sendirian

Umarul melepaskan rindu kepada anak dan isterinya menerusi panggilan video.

“Saya menyusukan anak dan ini juga cabaran. Kena selalu positif dan jaga emosi sebab kalau tidak, susu drop. Sangat susah nak maintain emosi dalam keadaan macam ni. Mental kadang okay, kadang koyak.

“Selain bab anak, saya juga kena uruskan perkara lain berkaitan rumah tangga. Memang terasa seperti ibu tunggal juga. Cabaran di pihak suami pula, sudah tentu dia rasa terkilan kerana tak dapat tengok anak membesar,” ujar waita ini sambil menambah, dia bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga yang banyak membantu meringankan bebannya.

Bagi menghilangkan rasa rindu, Ezatul Hani dan suami kerap berhubungan sama ada menerusi panggilan suara mahupun panggilan video.

“Tapi itu pun cabaran juga sebab waktu kami bekerja tak sama. Bila suami habis kerja pukul 11 malam, anak pun dah tidur. Tak sempat sangat nak bercakap dengan ayahnya,” katanya yang merupakan seorang juruaudit.

Masih belum jelas tanda-tanda bila akan bertemu dan bersatu sebagai sebuah keluarga, Ezatul Hani amat berharap agar penantian mereka berdua akan berakhir tidak lama lagi.

“Perkara pertama yang saya nak buat adalah merakamkan gambar kami bertiga. Kami belum ada gambar bertiga sejak suami terpaksa ke Singapura.

nangtime.com - Ada Suami Tapi Dah 10 Bulan Tak Jumpa, Isteri Akui Hidup Macam Ibu Tunggal, Besarkan Anak Sendirian

Ezatul Hani berharap dapat bertemu dengan suaminya semula secepat yang mungkin.

“Sebaik saja dapat tahu suami akan pulang nanti, saya nak buat tempahan di studio untuk realisasikan impian tersebut. Dan sudah pastinya, kami akan habiskan masa bersama-sama dengan bercuti.

“Kepada sesiapa yang berpisah dengan keluarga sebab nak mencari nafkah, ingatkan diri anda bahawa anda sedang lakukan yang terbaik dan bekerja ini satu ibadah. Jangan fikir apa yang orang lain cakap pasal kita.

“Bagi mereka yang tak hadapi situasi perpisahan sementara seperti kami, please hargai masa anda bersama pasangan. Sekali diuji seperti ini, memang ia tak semudah yang disangka,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box