NANGTIME

Adik Kahwin Dengan Ex-Boyfriend Kakaknya Sendiri

Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan kekal hingga ke jenjang pelamin. Namun, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Tuhan. Boleh jadi sudah tertulis takdir kekasih anda itu adalah jodoh rakan atau adik beradik sendiri.nangtime.com - Adik Kahwin Dengan Ex-Boyfriend Kakaknya SendiriSeperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Shieyma Emma yang berkongsikan detik indah apabila sah bergelar seorang isteri.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah suaminya merupakan bekas kekasih kakaknya. Namun Emma berkata itu adalah kisah lama mereka dan kakaknya sudah ada pilihan hatinya sendiri.

Meskipun berkahwin dengan bekas kekasih kakaknya, namun Emma menghargai pengorbanan kakaknya yang membantu dalam persiapan perkahwinannya dan tidak sekali melupakan jasanya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut mendengar kisah tersebut. Malah, ada yang mengatakan jika terjadi pada mereka pun tidak akan sesekali bersama ataupun berkahwin dengan bekas kekasih adik-beradik.

Dalam masa sama, ramai yang berkongsikan turut berdepan pengalaman sama serta mendoakan rumah tangga yang dibina berkekalan.

VIDEO:

 

Antara komen-komen netizen mengenai perkara ini:

Komen-komen warganet..

SUMBER: Gulapop

Facebook Comments Box

Exit mobile version