Ketika memandu di jalanraya, kita akan berdepan dengan pelbagai jenis manusia dan sikap pemandu yang berbeza-beza, ada yang sentiasa mengikut peraturan dan tiak kurang kura yang buat jalan raya macam mak ayah dia punya, langgar peraturan sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang netizen mengenai kisahnya berdepan dengan seorang rider Grabfood yang mengajak untuk bergaduh hanya kerana kesalahan sendiri. Kisahnya rider tersebut berang apabila dihon ketika dia melanggar lampu isyarat merah. Jom baca perkongsian lelaki yang dikenali sebagai Joe Azman di bawah ini:
Pada pukul sekitar 430pm di hadapan traffic light impiana hotel klcc, saya menunggu lampu merah dan sebelah kiri saya ada bas rapid kl.
Rider motor ini telah datang di tengah celah kereta saya dan bas, dan melanggar lampu merah.
Saya bunyikan hon sedikit sahaja kerana dapati rider ini telah langgar lampu merah dan juga itu adalah tempat pejalan kaki.
Setelah dia mendengar hon kereta saya, dia berhentikan motor dia di hadapan tengah jalan, dan uturn di tengah jalan untuk tunggu saya lalu.
Semasa saya lalu dia sebelah dia,dia mengajak saya Gaduh, ajak berhenti tepi kerana dia sangat tidak berpuas hati kerana saya hanya “menyembunyikan hon” kerana dia telah langgar lampu merah di tempat pejalan kaki. Dan kemudian, dia telah cuba sepak kereta saya, dan dia telah tarik handle pintu untuk cuba buka pintu kereta saya.
Kemudian, Di depan avenue K traffic light pula, lampu merah dan saya telah berhenti, kemudian dia telah berhenti depan saya dan cuba membuka pintu kereta saya untuk ajak bergaduh.
HANYA KERANA SAYA MENYEMBUNYIKAN HON SAYA KERANA DIA TELAH MELANGGAR LAMPU MERAH.
Saya terus ke Balai Jalan Tun Razak, di depan Balai juga dia BLOCK kereta saya. Selepas saya turun kereta, dia ugut saya untuk delete video yang saya rakam semasa saya turun kereta untuk buat report di balai.
Tetapi saya teruskan dengan report polis. – Joe Azman
VIDEO:
“ABG GRABFOODKU SAMSENG”
Pada pukul sekitar 430pm di hadapan traffic light impiana hotel klcc, saya menunggu lampu merah dan sebelah kiri saya ada bas rapid kl.
Rider motor ini telah datAng di tengah celah kereta saya dan bas , dan melanggar lampu merah. pic.twitter.com/2NWEUA662z
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) July 25, 2021
Difahamkan, pihak polis telah memulakan siasatan terhadap video tersebut dan menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Tuan Mohamad Zainal Abdullah, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.