Akibat Letak Kaki Atas Dashboard Kereta, Wanita Alami Kesannya Dua Tahun Kemudian Sehingga Kini. Sebenarnya, tindakan letakkan kaki atas ‘dashboard’ bukanlah satu tabiat yang elok walaupun segelintir orang lakukan untuk merehatkan kaki, bahkan boleh mendatangkan kecederaan yang serius sekiranya berlaku kemalangan.
Agak pelik juga, bila kita berebut-rebut nak duduk di depan, tapi letakkan kaki ke atas papan pemuka, sebabnya kita duduk di depan untuk dapatkan ruang kaki yang lebih luas dan selesa.
Bila bercakap soal kemalangan pula, tak ada siapa yang ingin berada dalam situasi tersebut, tapi, sebolehnya kita tak nak berada dalam posisi ini juga, bila berlaku kemalangan, iaitu, letakkan kaki ke atas papan pemuka. Secara asasnya, bila berfikir tentang perkara ini pun dah rasa tak senang.
Salah satu kejadian yang teruk berlaku kepada Audra Tatum, yang mana dia suka letakkan kaki ke atas papan pemuka bila mana suaminya memandu. Walaupun telah diingatkan oleh suami berulang kali, yang mana jangan berbuat demikian, untuk keselamatnnya kalau kemalangan.
Tapi, Tatum beritahu suaminya yang dia akan ada masa yang cukup untuk turunkan kaki kalau kem4langan, namun, Tatum harus hadapi realiti yang mana sangat sukar baginya.
Kejadian berlaku pada tahun 2015, yang mana kereta yang dinaiki mereka dilanggar pada bahagian sisi kereta mereka. Apa yang berlaku kepadanya adalah, beg udara yang menggelembung telah menolak kakinya dan mengenai muka, menyebabkan hidungnya patah, serta kaki kanannya mengalami kepatahan. Tambahnya, dia bukanlah Superman yang boleh bertindak pantas, kerana tidak sempat letakkan kaki ke bawah.
Bukan itu saja, pergelangan kaki, femur dan bahunya juga patah, kerana malangnya, dia tidak boleh bertindak lebih pantas dari beg udara. Jabatan Bomba Chattanoga menyatakan, beg udara boleh menggelembung di antara 100 dan 200 batu sejam, dan ia boleh ‘membuatkan lutut menembusi soket mata’.
Walaupun Tatum tak alami perkara itu, tapi menderita akan kecederaan yang dialami dua tahun kemudian. Tatum tidak boleh bekerja dalam perkhidmatan perubatan kecemasan kerana tidak dapat mengangkat pesakit dan tidak boleh berdiri lama, lebih dari empat jam pada satu masa.
Menurut Tatum, anda tidak akan mahu hidup sebegini, yang mana merasai kesakitan setiap hari. Buat anda semua, perlu diingat, jangan sama sekali letakkan kaki pada papan pemuka kereta, khususnya buat penumpang, kalau tidak anda mungkin berdepan dengan kesan yang sangat menyakitkan.
p/s: Jika naik kereta, duduk lah elok-elok.