Alah Makan Nasi Sejak Kecil, Sakit Perut Dan Bintik Merah Timbul Atas Badan Jika Makan

Nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan orang terutamanya yang berasal dari benua Asia. Malah ada orang yang rutin sehariannya akan menjadi serba tak kena jika tak makan nasi dalam sehari.nangtime.com - Alah Makan Nasi Sejak Kecil, Sakit Perut Dan Bintik Merah Timbul Atas Badan Jika Makan

Di Malaysia ini, nasi sememangnya makanan yang menjadi satu kewajipan untuk hampir kesemua orang dan terdapat pelbagai jenis hidangan dan menu berasaskan nasi yang boleh kita temui. Walaubagaimanapun, kisah yang berlaku kepada seorang gadis ini adalah agak berbeza.

Gadis yang diberi nama Nor Shaf Reeka Lizawardi, 19 yang menetap di Tanah Merah mengalami alahan terhadap nasi sejak berumur 6 tahun.

Nor Shaf Reeka memberitahu yang dirinya disahkan oleh doktor mempunyai alahan tetapi tidak menyatakan secara khusus sama ada ianya berpunca daripada nasi atau makanan yang lain.

“Bukan tidak pernah makan nasi langsung cuma boleh dikira iaitu hanya dua atau tiga kali saja dalam setahun.

“Semuanya kerana alahan dialami kerana selepas makan nasi, saya akan sakit perut dan lebih teruk lagi timbulnya bintik merah pada badan.

nangtime.com - Alah Makan Nasi Sejak Kecil, Sakit Perut Dan Bintik Merah Timbul Atas Badan Jika Makan

Menurut Nor Shaf Reeka, sejak itu dia cuba elakkan diri daripada memakan nasi dan setakat ini tiada masalah untuk hidup tanpa makan nasi.

Selain nasi, Nor Shaf Reeka juga tidak memakan daging, ayam dan beberapa makanan laut seperti udang, sotong dan ketam.

“Bukan soal geli tetapi entah kenapa saya berasa bentuk makanan itu seperti organ manusia jadi sukar untuk menelannya.

“Alhamdulillah, keluarga memahami malah ibu (Siti Sahara Nordin, 47) yang bekerja sebagai jururawat juga pernah bertanya kepada doktor mengenainya.

nangtime.com - Alah Makan Nasi Sejak Kecil, Sakit Perut Dan Bintik Merah Timbul Atas Badan Jika Makan

“Namun, doktor memaklumkan tiada sebab tertentu jika bukan kerana alahan sebaliknya ia atas pilihan saya sendiri,” katanya.

Nur Shaf Reeka juga reda dan akur dengan semua komen dan pendapat netizen mengenai dirinya sejak dia memuat naik video mengenai alahannya di aplikasi TikTok. Ada yang mengecam dan ada juga mengatakan dia mengada-ngada, namun dia akur dengan semua pandangan netizen.

Meskipun tidak dapat memakan nasi seperti orang lain, Nor Shaf Reeka yang juga anak keempat daripada 6 beradik menambah dia tidak merasa rugi dan menerima keadaan dirinya seadanya. Tambahnya lagi selain nasi, ada banyak lagi makanan yang boleh dimakannya.

 

Facebook Comments Box