Anak Gajah Mammoth Berusia 30,000 Tahun Ditemui Oleh Pelombong Emas

Baru-baru ini, para pelombong di lombong emas Klondike di utara Kanada telah menemui sesuatu yang mengejutkan iaitu fosil lengkap seekor anak gajah Mammoth yang hidup di zaman purba.Anak Gajah Mammoth Berusia 30,000 Tahun Ditemui Oleh Pelombong Emas

Mereka menemui fosil menakjubkan itu pada 21 Jun lepas ketika sedang melakukan kerja-kerja penggalian lombong di kawasan tanah beku di selatan bandar Dawson di wilayah Yukon yang bersempadan dengan Alaska.

Fosil Mammoth yang dinamakan ‘Nun cho ga’ (yang juga bermaksud anak haiwan besar) itu kelihatan hampir sempurna apabila kulit dan bulunya masih dalam keadaan yang baik.

Pakar paleontologi, Grant Zazula berkata dia sudah tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fosil tersebut.Anak Gajah Mammoth Berusia 30,000 Tahun Ditemui Oleh Pelombong Emas - nangtime.com

Anak gajah mammoth itu dipercayai sudah mati lebih 30,000 tahun lalu ketika zaman ais. Penemuan itu juga merupakan penemuan fosil gajah Mamoth pertama yang hampir lengkap di kawasan Amerika Utara.

Segabai info, gajah Mammoth merupakan salah satu haiwan zaman purba yang sudah pupus di dunia sejak 4,500 tahun lalu. Difahamkan gajah ini mula hidup pada zaman Piliocene hingga zaman Holocene kira-kira lima juta tahun lalu.

Antara ciri-ciri gajah Mammoth adalah mempunyai gading yang sangat panjang dan mempunyai badan berbulu.Anak Gajah Mammoth Berusia 30,000 Tahun Ditemui Oleh Pelombong Emas - nangtime.com

Saiz fosil ‘Nun cho ga’dikatakan lebih kurang sama dengan satu lagi fosil gajah purba yang dikenali sebagai Lyuba yang ditemui pada tahun 2007 di Siberia.

Facebook Comments Box