Realiti zaman sekarang tidak sama dengan zaman dahulu. Zaman dahulu kanak-kanak bebas berkeliaran dan bermain di hampir kesemua tempat tanpa merisaukan ibu bapa. Namun berbeza pada zaman sekarang, anak-anak yang di dalam rumah atau di kawasan rumah juga belum tentu selamat daripada perbuatan jahat orang lain!
Perkongsian daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Rehana Ahmad ini amat mengejutkan apabila anaknya direntap kuat dan mahu dilarikan oleh seseorang di depan rumah saja! Berikut adalah perkongsian yang menjadi tular baru-baru ini.
Allah.. terima kasih semua family dan kawan-kawan yang tolong doakan. Tak tahu perasaan kami ni camne. Masih terkejut, fobia. Dan ramai yang bertanya tak dan kami nak balas. Tapi Allah lindung keluarga kami lagi . Alhamdulillah. Cume nak shared kat orang lain supaya hati-hati. Mungkin modus operandi baru untuk culik budak.
Kejadian lebih kurang 6.30- 6.50petang, 21/12/2020.
Pintu grill rumah memang selalu bertutup dan bermangga. Tapi petang semalam ade family datang. Jadi kami memang ramai dalam rumah. Jadi bukan la sengaja buka pagar and biar anak main dekat luar. Anak pun tak pernah main kat luar kalau takde family lain kat luar, dia duduk di pintu je intai orang.
Pukul 6.30 pm tu waktu Zailani Zawawi (suami) balik kerja. So, waktu tu cakap dekat anak si aryan, papa balik. So aryan tunggu la dekat pintu grill tu tunggu papanye balik. Kami duduk di meja makan tgh borak. sambil mate tengok aryan dekat pintu grill.
“Nampak kelibat orang di sebalik cermin nako depan rumah…”
Bolehkan hari semalam papanye lewat sikit. Allahu mase ni Zaliana Asmida (adik) keluar dari toilet dia nampak dekat cermin nako tu bayang orang pakai baju pink menarik aryan. Mula-mula ingat papanye balik, tapi pelik kenapa sorang, sebab selalunye dengan adik sorang lagi Zahirah Azian. Bile dengar aryan menangis terus dia menjerit aryan.
Waktu dia menjerit aryan nampk orang tu lari. Bile tengok dekat pintu orang tu dah takde. Aryan nangis sambil pegang pipi. Mase kejadian tu berlaku betul memang tak alert… sebab first ingat ade orang nak main dengan aryan, sebab kejiranan sini memang selalu main dengan aryan. Jadi sis ingat mula-mula takde ape sebab kejiranan sini memang takde masalah.
Lepas abang ipar dah balik, Mida tak puas hati cerita balik. Dan bile tengok pipi aryan bengkak, rase tak sedap hati. Sebab first, kenapa lari bile Mida jerit name Aryan. Kedua, kenapa kalau dia nak main dengan aryan kenapa perlu rentap aryan sampai muke aryan luka. Tak pasti kena cekar atau kena grill. Sebab mase tu tangan kiri aryan berpaut pade grill. (yang ni memang sis tengok sebab mate tengok ke aryan, tu tak perasan dekat cermin nako ade orang).
Dan sebab ke-3 yang menguatkan lagi instint, papanye baru keluar lif mase kejadian dan nampak ade seorang lelaki pakai baju pink margenta gelap-gelap sikit lari lintang pukang dari balkoni bertentangan rumah kami hampir nak langgar sorang makcik. Cume dia tak la tengok muke lelaki tu, sebab fikir lelaki tu mungkin tengah bergurau dengan sape-sape main kejar. Nak, pulak letih balik dari kerja.
Mase related semua tu rase macam tak jejak tanah kaki ni. Kalau la orang tu berjaya tarik aryan.. Allahu. Tak tahu la sis macam mane. Bile inform pada penduduk block tu supaya hati-hati dengan anak masing-masing, mereka suruh report polis. Dan hari ni akan cek cctv.
“Ini kes pertama la dalam sejarah kawasan rumah kami…”
Blok ni memang budak lepas je bermain, kadang boleh tengok budak kecik turun pergi beli jajan, beli aiskrim. Macam anak sis memang sis tak lepas keluar. Duduk la dalam rumah kalau mama tak keluar. Mungkin sebelum ni parents sini rase selamat. Sebab diorang pun cakap ni kes pertama la dalam sejarah kawasan rumah kami.
Sebelum ni bace cubaan culik depan rumah, rumah taman@ rumah bawah.. Tak terfikir duduk rumah tinggi yang ramai orang pun berani dia buat kerja. Rumah kami lot tepi pulak tu. Sekarang terjadi dekat diri sendri. Allahuakhbar… tak tau nak ckp cmne..
Jadi korang hati-hati la. Keep alert anak masing-masing. Walaupun depan rumah, belum tentu selamat. Orang sekarang macam-macam. Bukan macam kite kecik dulu bebas ke mane je. Main dalam semak,utan rileks je. pergi kayuh basikal pegi kedai rileks je. Sekarang dah tak selamat guys…Beringatla.. Bukan dengan penyakit je risau, dengan manusia pun risau.
Sumber: Rehana Ahmad