Anak Ingatkan Monyet Curi Telur Ayam, Terkejut Jumpa Ular Tedung Selar

Seekor ular tedung selar jantan seberat 6kg ditemui bersembunyi dalam tempayan lama di Kampung Parit Melana Ulu Seraja, Melaka.nangtime.com - Anak Ingatkan Monyet Curi Telur Ayam, Terkejut Jumpa Ular Tedung Selar

Menurut pengadu yang dikenali sebagai Mohd Hazhar Mohd Hasnan, 44, pada mulanya anaknya yang berusia 15 tahun menyangkakan ada monyet yang cuba mencuri telur ayam dan terus bergegas keluar untuk menghalaunya.

Namun alangkah terkejutnya dia apabila melihat bukan monyet tetapi seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter!

Mohd Hazhar yang sedang bekerja tidak jauh dari rumah mereka kemudiannya segera pulang ke rumah selepas dimaklumkan oleh anaknya mengenai ular tersebut.nangtime.com - Anak Ingatkan Monyet Curi Telur Ayam, Terkejut Jumpa Ular Tedung Selar - nangtime.com TEAM NETIZEN

“Anak saya sangka bunyi bising dari reban ayam angkara monyet. Selama ini memang monyet yang mencuri telur ayam di kawasan ini.

“Tapi, apabila anak saya keluar memeriksa… dia terkejut melihat ular tedung itu berdekatan reban menegakkan kepala dan terus menelefon saya,”

“Saya bergegas pulang kerana risaukan keselamatan keluarga. Walaupun sebelum ini pernah menangkap ular apabila ada penduduk minta tolong tetapi melihat saiznya yang besar saya terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meminta bantuan,” ujarnya.nangtime.com - Anak Ingatkan Monyet Curi Telur Ayam, Terkejut Jumpa Ular Tedung Selar - nangtime.com TEAM NETIZEN

Pihak APM bergegas datang ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.59 petang dan mereka mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk menangkap ular tersebut yang ditemui menyorok dalam sebuah tempayan

Berdasarkan laporan Harian Metro, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata:nangtime.com - Anak Ingatkan Monyet Curi Telur Ayam, Terkejut Jumpa Ular Tedung Selar - nangtime.com TEAM NETIZEN

“Ketika tiba di lokasi kami mendapati ular tedung selar itu bersembunyi di dalam tempayan. Dengan menggunakan alatan penjerut ular, APM mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum berjaya menangkap ular berbisa itu”

Ular tedung selar itu dipercayai datang dari kawasan hutan yang berhampiran di belakang rumah.

Facebook Comments Box