Anak Tak Diberi Makan Sampai 2 Minggu Hingga Tinggal Tulang, Jawapan Ibu Buat Doktor Terkedu

Sejak zaman dulu hingga sekarang, kecuaian ibu bapa atau penjaga dalam menjaga anak terutamanya anak yang masil kecil menjadi salah satu perkara yang membimbangkan.nangtime.com - Anak Tak Diberi Makan Sampai 2 Minggu Hingga Tinggal Tulang, Jawapan Ibu Buat Doktor Terkedu

Dalam kebanyakan insiden tidak diingini berlaku kepada anak adalah kerana sikap ibu bapa yang leka mengejar kemewahan dan kerja sehingga lupa tanggungjawab utama.

Percaya atau tidak, ada ibu bapa yang sanggup membiarkan anak mereka tidak makan berminggu-minggu sehingga anak terpaksa bertarung nyawa.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor wanita ini di laman sosial Twitter baru-baru ini. Dr Ana Yasmin Azmi telah memuat naik ciapan pada 7 Dec di mana dia mengendalikan kes tenat seorang anak kecil.

nangtime.com - Anak Tak Diberi Makan Sampai 2 Minggu Hingga Tinggal Tulang, Jawapan Ibu Buat Doktor Terkedu

Hari ni rasa tekilannn sangattt,Pagi-pagi masuk kerja dah di ‘hadiah’ kan kes tenat.. Tunggang terbalik nak selamatkan nyawa..Akibat ibu ayah yang… jenisTAK KISAH? — Dr Ana (@anayasminazmi) December 7, 2020

Menurut Dr Ana, ibu bapa kepada anak kecil itu terlalu sibuk bekerja dan mengambil remeh tentang pemakanan anak mereka yang tidak diberi makan sehingga dua minggu dan sampai tinggal tulang.

Anak kecil itu hanya dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan tenat kerana tidak bertenaga. Dia tidak boleh bernafas dan heart rate pun semakin perlahan.

nangtime.com - Anak Tak Diberi Makan Sampai 2 Minggu Hingga Tinggal Tulang, Jawapan Ibu Buat Doktor Terkedu
Gambar Hiasan

“Kenapalah ada ibu ayah yang tak kisah pada anak sampai anak tinggal tulang. Bayangkan, anak tu nak gerak jari pun takda tenaga. Dia gerak mata je. Anak tu dah pengsan petang semalam, masih simpan di rumah. Tunggu tengah malam, taktau kenapa.

“Bila tanya tak nampak ke anak tu makin kurus? Jawapannya: “saya kerja… Anak tak nak makan.. Saya nak buat apa?”

Dia tak rasa berat badan macam tu tak normal untuk anak.. 2 minggu anak tu tak makan..air je minum..Mak masih rasa ‘dia ok je’,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap sikap ibu bapa yang seolah-olah tak kisah langsung dengan keperluan dankehidupan anak mereka.

nangtime.com - Anak Tak Diberi Makan Sampai 2 Minggu Hingga Tinggal Tulang, Jawapan Ibu Buat Doktor Terkedu

Semoga lepas ini, ibu bapa ini akan sedar tanggungjawab mereka dan memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka. Begitu juga dengan ibu bapa dan penjaga di luar sana.

Facebook Comments Box