Anak Terperangkap Dalam Lubang Dan Tak Dapat Keluar, Ibu Gajah Panik Dan Menangis Minta Pertolongan

Siapa sahaja yang tidak sebak melihat ibu gajah yang berusaha untuk mengeluarkan anaknya yang terperangkap di lubang konkrit tapi tidak mampu melakukannya sendirian.Anak Terperangkap Dalam Lubang Dan Tak Dapat Keluar, Ibu Gajah Panik Dan Menangis Minta Pertolongan

Itulah yang berlaku di Thailand apabila  selepas beberapa jam anak gajah terperangkap di dalam lubang konkrit, ibunya yang emas telah cuba sedaya upaya untuk menolongnya.

Malangnya ibu gajah ini kemudian menyedari bahawa dia tidak boleh melakukannya sendiri, lalu gajah ini menangis meminta pertolongan kerana nyawa anaknya berada dalam bahaya.

Jeritan gajah ini menarik perhatian sekumpulan orang yang berada tidak jauh dari situ. Akhirnya mereka menyedari bahawa gajah besar itu cuba menyampaikan sesuatu kepada mereka.

Anak Terperangkap Dalam Lubang Dan Tak Dapat Keluar, Ibu Gajah Panik Dan Menangis Minta Pertolongan - nangtime.com

Keadaan menjadi makin cemas apabila ibu gajah itu berada terlalu dekat dengan pagar elektrik. Sebaik gajah itu pengsan, orang ramai bergegas mematikan kuasa dan membantunya untuk kembali sedar.

Selepas gajah itu kembali sedar, gajah itu memberikan isyarat kepada penyelamat ke tempat anaknya yang sedang terperangkap disebuah lubang konkrit.

Anak terperangkap dalam lubang konkrit, ibu gajah menangis minta bantuan curi tumpuan

Selama berjam-jam anak gajah itu terperangkap dalam lubang kecil yang penuh dengan lumpur, para penyelamat perlu berusaha untuk mengeluarkannya dengan segera, tetapi ia bukan mudah.

Anak Terperangkap Dalam Lubang Dan Tak Dapat Keluar, Ibu Gajah Panik Dan Menangis Minta Pertolongan - nangtime.com

Disebabkan terlalu takut dan keletihan, anak gajah itu mula berasa panik. Demi mengelakkan situasi menjadi semakin teruk,  para penyelamat terpaksa menggali lubang berhampiran gajah tersebut.

Sambil  diperhatikan ibu gajah, akhirnya para penyelamat  berjaya mendapatkan anak gajah yang terperangkap itu. Tanpa diduga akhirnya anak gajah itu berjaya mengeluarkan dirinya dari lubang yang berlumpur itu.

VIDEO:

Selepas diselamatkan, gajah kecil itu pada mulanya berasa bingung dan keliru kerana tidak dapat mengetahui dimanakah ibunya berada. Anak Terperangkap Dalam Lubang Dan Tak Dapat Keluar, Ibu Gajah Panik Dan Menangis Minta Pertolongan - nangtime.comNamun sebaik sahaja melihat ibunya, dia.segera berlari menuju kearah ibunya yang lega kerana anaknya terselamat.

Facebook Comments Box