Anggota Bomba Kena Libas Ekor Buaya Hingga Hampir Terpelanting Ketika Melakukan Operasi

Kehadiran buaya di tempat awam sudah pasti akan mencetuskan rasa panik dan takut dikalangan penduduk setempat. Dan itulah berlaku apabila seekor buaya besar ditemui berada di dalam longkang berdekatan dengan sebuah kedai di Brunei.Anggota Bomba Kena Libas Ekor Buaya Hingga Hampir Terpelanting Ketika Melakukan Operasi - nangtime.com

Berdasarkan perkongsian pengguna facebook yang menggunakan akaun Amlek Hms, buaya sepanjang buaya sepanjang 4.5 meter itu dilihat telah melibas anggota Bomba di Brunei itu dengan ekornya ketika buaya itu dimasukkan ke dalam trak pikap.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei, buaya sepanjang 4.5 meter itu telah berjaya ditangkap pada 5 Januari lalu.Anggota Bomba Kena Libas Ekor Buaya Hingga Hampir Terpelanting Ketika Melakukan Operasi - nangtime.com

Seramai tujuh orang anggota Bomba dari Balai Bomba Muara telah dikejarkan ke tempat kejadian setelah mendapat laporan mengenai gangguan binatang liar di kawasan berkenaan.

“Apabila sampai di tempat panggilan, didapati seekor buaya berukuran 4.5 meter panjang berada di dalam longkang berdekatan dengan kedai tersebut”-ujar pihak Bomba.Anggota Bomba Kena Libas Ekor Buaya Hingga Hampir Terpelanting Ketika Melakukan Operasi - nangtime.com

Buaya tersebut berjaya ditangkap dan dipindahkan dan tiada sebarang kejadian tidak diingin berlaku atau kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku. Walaubagaimanapun, kerana saiznya yang besar, buaya tersebut kelihatan hampir tidak muat apabila diletakkan di trak pikap.

VIDEO:

Video perkongsian Amlek Hms di platform Facebook itu sehingga kini telah mencecah lebih 292 tontonan.

Kredit video: Amlek Hms

Facebook Comments Box