Anggota Polis ‘Diganggu’ Di Sekatan Jalan Raya, Kelibat ‘Makhluk’ Mengelengkan Kepala Apabila Cuba Didekati

Sejak pandemik diumumkan pada tahun lepas, angota-anggota ‘frontliner’ bertungkus lumus menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan amanah. Antaranya adalah anggota polis dan tentera yang bertugas menjaga sekatan sekatan jalan raya (SJR) pada masa sekarang.Anggota Polis Bertugas Di SJR Kena ‘Ganggu’, Kelibat ‘Makhluk’ Mengelengkan Kepala Saat Didekati

Seperti yang anda sedia maklum, pasukan yang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) sentiasa bertugas 24 jam silih berganti sesama mereka pada waktu siang dan juga malam.

Kadangkala lokasi sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan adalah di jauh dari bandar di tempat yang agak terpencil dan dikelilingi hutan dan semak. Namun selain daripada berdepan dengan karenah pelbagai jenis orang yang mahu lalu lalang, ada juga ‘benda’ lain yang mahu menarik perhatian anggota bertugas. Adehh!

Anggota Polis Bertugas Di SJR Kena ‘Ganggu’, Kelibat ‘Makhluk’ Mengelengkan Kepala Saat Didekati
Suasana gelap dan sunyi di SJR

Baru-baru ini tular satu video perkongsian seorang pengguna yang dikenali sebagai zarulshahfiqrie di TikTok, seorang anggota polis dilihat telah merakam kelibat makhluk halus iaitu pocong sedang menggoyang-goyangkan tubuh badannya di belakang pokok pisang.

Anggota Polis Bertugas Di SJR Kena ‘Ganggu’, Kelibat ‘Makhluk’ Mengelengkan Kepala Saat Didekati

Nah, anda boleh lihat sendiri video tular yang dikongsikan oleh pengguna ini.

VIDEO:

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut meluahkan rasa seram melihat ‘makhluk’ itu bergoyang-goyang. Tak kurang juga yang mengatakan ‘makhluk’ itu sedang menggelengkan kepala, mungkin kecewa sebab petugas SJR tak takut padanya. Ada juga yang mengatkaan itu memang pocong!

Anggota Polis Bertugas Di SJR Kena ‘Ganggu’, Kelibat ‘Makhluk’ Mengelengkan Kepala Saat Didekati

Selain itu, netizen juga kagum dengan keberanian anggota polis yang berani menyuluh lampu kearah ‘makhluk’ tersebut dan tidak melarikan diri. Salute!

Kredit video: zarulshahfiqrie

Facebook Comments Box