Artifak Kuno Termasuk Bakul Berisi Buah Berusia 2,400 Tahun Yang Seakan Masih Elok Ditemui Di Kota Bawah Laut Zaman Kuno Di Mesir

Ahli arkeologi dan pasukan penyelidik telah membuat penemuan yang besar ketika membuat pencarian dan pemeriksaan di runtuhan runtuhan kota kuno Thonis-Heracleion yang ditenggelami oleh air disebabkan bencana alam dahsyat termasuk gempa bumi dan banjir besar. Pelabuhan tersebut merupakan pelabuhan terbesar Mesir di Mediterranean sejak berabad lalu sehingga Alexander the Great mengasaskan Alexandria pada tahun 331 SM.Artifak Kuno Termasuk Bakul Berisi Buah Berusia 2,400 Tahun Yang Seakan Masih Elok Ditemui Di Kota Bawah Laut Zaman Kuno Di Mesir - nangtime.com

Sejumlah artifak kuno dari abad keempat sebelum masihi (SM) telah ditemui oleh pasukan penyelidik termasuk bakul anyaman yang dipenuhi buah-buahan yang kelihatan masih elok dan seramik Yunani.

Artifak itu ditemui oleh pasukan penyelidik dari Institut Eropah untuk Arkeologi Bawah Air, atau IEASM, yang diketuai oleh ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio, yang menemui runtuhan itu dua dekad yang lalu.Artifak Kuno Termasuk Bakul Berisi Buah Berusia 2,400 Tahun Yang Seakan Masih Elok Ditemui Di Kota Bawah Laut Zaman Kuno Di Mesir - nangtime.com

Bercakap kepada The Guardian, Franck Goddio yang terkejut gembira dengan penemuan mereka memberitahu penemuan itu sangat luar biasa kerana bakul buah-buahan yang ditemui seolah-olah masih elok dan belum disentuh selama lebih 2,400 tahun.Artifak Kuno Termasuk Bakul Berisi Buah Berusia 2,400 Tahun Yang Seakan Masih Elok Ditemui Di Kota Bawah Laut Zaman Kuno Di Mesir - nangtime.com

 

Franck Goddio turut mengutarakan pendapatnya bahawa buah-buahan itu mungkin terawet kerana ditempatkan di ruang bawah tanah yang berkemungkinan ada kaitan dengan kawasan pengebumian.

Tambahnya lagi bakul ayaman kuno itu berisi dengan buah-buahan seperti anggur dan biji sawit (doum).Artifak Kuno Termasuk Bakul Berisi Buah Berusia 2,400 Tahun Yang Seakan Masih Elok Ditemui Di Kota Bawah Laut Zaman Kuno Di Mesir - nangtime.com

Penemuan bersejarah itu dilakukan berhampiran tapak anak bukit yang besar atau perkuburan yang belum pernah diterokai oleh pasukan mereka sebelum ini.

Pasukan mereka juga menemui beberapa miniatur seramik Yunani kuno dan artifak gangsa termasuk cermin dan patung Osiris yang dianggap tuhan oleh masyarakat Mesir di zaman kuno.Artifak Kuno Termasuk Bakul Berisi Buah Berusia 2,400 Tahun Yang Seakan Masih Elok Ditemui Di Kota Bawah Laut Zaman Kuno Di Mesir - nangtime.com

Semua hasil penemuan hasil daripada misi tersebut akan diteliti ,dikaji dan dipelihara sebelum diipamerkan di muzium untuk tontonan orang awam yang berminat.

Facebook Comments Box