‘Atas dasar suka sama suka’ – Nenek 65 Tahun Mengahwini Pemuda Berusia 24 Tahun

KAYUAGUNG – Perkahwinan seorang nenek berusia 65 tahun dengan anak angkatnya yang 41 tahun lebih muda daripadanya tular sejak beberapa hari lalu di Indonesia.nangtime.com - 'Atas dasar suka sama suka' - Nenek 65 Tahun Mengahwini Pemuda 24 Tahun

Penduduk kampung di Desa Bumiharjo turut terkejut selepas mengetahui Tri Sutiyem atau lebih dikenali sebagai Mbah Gambreng mengahwini Ardi Waras, 24, dari Desa Cahaya Makmur di Kecamatan Lempuing di Sumatera Selatan.

Menurut Mbah Gambreng, pernikahan itu yang diadakan di rumahnya pada Jumaat lalu.

“Ia atas dasar suka sama suka,” kata wanita terbabit.

nangtime.com - 'Atas dasar suka sama suka' - Nenek 65 Tahun Mengahwini Pemuda 24 TahunDifahamkan, Ardi menjadi anak angkat wanita itu sejak setahun lalu dan tinggal bersamanya serta membantu Mbah Gambreng menjual dan menoreh getah milik jirannya.

nangtime.com - 'Atas dasar suka sama suka' - Nenek 65 Tahun Mengahwini Pemuda 24 Tahun

Ketua kampung Desa Bumiharjo, Wahyudi juga mengesahkan perkahwinan mereka malah beliau sendiri membantu menguruskan sijil pernikahan pasangan tersebut.

nangtime.com - 'Atas dasar suka sama suka' - Nenek 65 Tahun Mengahwini Pemuda 24 Tahun

“Saya berharap mahligai dibina mereka kekal sehingga ke akhir hayat,” ujarnya. – Agensi

Sinar Harian

Facebook Comments Box