Atuk Kecewa Cinta Dipermainkan Gadis 16 Tahun Dan Terus Buat Report Polis

Atuk Kecewa Cinta Dipermainkan Gadis 16 Tahun Dan Terus Buat Report Polis. Seorang lelaki yang berusia 60 tahun meluahkan kekecewaannya apabila cintanya dipermainkan oleh seorang gadis berusia 16 tahun.nangtime.com -  Atuk Kecewa Cintanya Dipermainkan Gadis 16 Tahun Dan Terus Report Polis

“Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang.

Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

nangtime.com -  Atuk Kecewa Cintanya Dipermainkan Gadis 16 Tahun Dan Terus Report Polis
Gambar Hiasan

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

nangtime.com -  Atuk Kecewa Cintanya Dipermainkan Gadis 16 Tahun Dan Terus Report Polis

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya.

Kesian juga dengan Atuk ini, Semoga Atuk ini tabah dan boleh move on daripada kekecewaannya. Jangan terlalu fikirkan, ingat bunga bukan sekuntum.

Facebook Comments Box