Awas, Kalau Kuku Ada Tanda Hitam Seperti Ini, Segera Jumpa Doktor!

Awas, Kalau Kuku Ada Tanda Hitam Seperti Ini, Segera Jumpa Doktor!.. Pada suatu hari, Lisa Harrison Williams, seorang manicurist didatangi seorang pelanggan ke salonnya dan membuat permintaan khas iaitu untuk mewarna kukunya dengan warna yang gelap. Hal ini bertujuan bagi menutup “garisan hitam lurus yang ada pada bawah kukunya.”nangtime.com - Awas, Kalau Kuku Ada Tanda Hitam Seperti Ini, Segera Jumpa Doktor!

Dalam status Facebooknya, Williams berkongsi bahawa terdapat seorang pelanggan yang telah pergi ke banyak salon kuku lain di mana kakitangan salon telah mengesan ada sesuatu yang tidak kena dengan kukunya. Ada yang mengatakan dia kekurangan kalsium. Ada yang mengatakan semua itu adalah kerana keturunan.

Walau bagaimanapun, Williams tahu ada sesuatu yang tidak kena. “Saya tidak mahu menakutkan dia tetapi saya memberitahu dia, dia perlu berjumpa doktor dengan segera!” kata Williams.

nangtime.com - Awas, Kalau Kuku Ada Tanda Hitam Seperti Ini, Segera Jumpa Doktor!

Pada suatu hari, wanita itu menghubungi Williams untuk memberitahu bahawa dia telah didiagnosis dengan kanser melanoma yang sangat agresif yang telah menyebar ke kelenjar limfanya.

nangtime.com - Awas, Kalau Kuku Ada Tanda Hitam Seperti Ini, Segera Jumpa Doktor!

Laman web NHS menggambarkan keabnormalan kuku yang sama:

Jalur gelap yang muncul pada bawah kuku (linear melanonychia) adalah sesuatu yang biasa di kalangan orang kulit hitam berusia lebih 20 tahun, dan dalam kebanyakan kes ia adalah normal.

 

Walau bagaimanapun, jalur gelap yang muncul pada kuku tidak boleh diabaikan kerana kadang-kadang ia boleh membentuk kanser kulit yang mempengaruhi lapisan bawah kuku, yang dikenali sebagai subungual melanoma. Adalah penting untuk berjumpa doktor anda untuk mengelakkan daripada berlakunya melanoma.nangtime.com - Awas, Kalau Kuku Ada Tanda Hitam Seperti Ini, Segera Jumpa Doktor!

Ia sukar untuk diperhatikan kerana ia hanya kelihatan seperti lebam di bawah kuku kaki atau kuku tangan anda – kemungkinan besar berlaku pada ibu jari anda.

Dengan berkongsi pengalaman ini, Williams menyarankan agar semua orang untuk memberi perhatian kepada apa sahaja perubahan pada kuku mereka terutama sekali jika tanda-tanda hitam seperti ini muncul pada kuku mereka.

Sumber: Era Baru

Facebook Comments Box