Pada zaman sekarang, pelbagai jenis produk kosmetik yang tumbuh bagai cendawan boleh didapati di pasaran dari masa ke semasa. Lambakan produk ini membuatkan pengguna mempunyai pilihan yang banyak namun malangnya tidak semua produk tersebut bagus untuk dipakai.
Apa yang menakutkan adalah terdapat banyak produk-produk ciplak atau yang tidak diiktiraf yang dijual demi keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya terhadap pengguna.
Dipetik daripada laman Facebook Public Health Malaysia, awas sekiranya kulit anda bertukar menjadi pink kemerah-merahan selepas memakai produk kosmetik kerana dikhuatiri ia mungkin mengandungi steroid.
Steroid yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menipiskan dan mencerahkan kulit seawal 2 minggu.
Kulit yang nipis mendedahkan lapisan bawah kulit yang mempunyai saluran darah kepada udara, menyebabkan kulit kelihatan merah dan pink.
Kesannya, ia bukanlah satu kecantikkan, sebaliknya kompilasi kulit yang teruk yang menyebabkan kulit wajah anda rosak. Segera berjumpa doktor dan pakar untuk nasihat dan rawatan selanjutnya.
Bagi mengelakkan anda menggunakan produk kosmetik yang merbahaya seperti ini, sila semak produk anda di laman sesawang NPRA.
Kredit: Public Health Malaysia