Ayam Aneh Bertelur Hijau Putih Hingga Dapat Perhatian Para Pakar Yang Turut Berasa Hairan

Jika ditanya mana-mana orang apa warna telur ayam, mesti rata-rata orang akan mengatakan warna putih kuning, namun lain pula dengan ayam ini. Ayam di kampung ini bukan mengeluarkan telur berwarna putih kuning seperti kebiasaan tapi mengeluarkan warna putih hijau!Ayam Aneh Bertelur Hijau Putih Hingga Dapat Perhatian Para Pakar Yang Turut Berasa Hairan - nangtime.com

Kebiasaannya, telur ayam akan berwarna kuning pada bahagian tengahnya, namun berbeza dengan telur ayam milik Ak Shihabudheen di Malappuram, India yang membuatkan ramai termasuk pakar merasa pelik dan hairan.

“Kira-kira 9 bulan lalu kami mendapati telur ayam kami mempunyai warna hijau, bukannya kuning.

 

Ayam Aneh Bertelur Hijau Putih Hingga Dapat Perhatian Para Pakar Yang Turut Berasa Hairan - nangtime.com

“Mulanya kami merasa teruja, dan tidak menggunakan telur tersebut sebaliknya membiarkan ia menetas. Tapi tak sangka pula satu telur daripada enam ayam yang ditetas itupun menghasilkan telur berwarna hijau juga”, katanya.

Penternak itu juga mendakwa rasa telur hijau ini adalah sama seperti telur biasa dan mereka sekeluarga tidak mengalami sebarang masalah kesihatan selepas memakan telur hijau ini.Ayam Aneh Bertelur Hijau Putih Hingga Dapat Perhatian Para Pakar Yang Turut Berasa Hairan - nangtime.com

Keadaan ini juga mendapat perhatian daripada pakar veterinar dari Kerala Veterinary and Animal Sciences University yang membawa sampel telur hijau ini untuk dianalisa di makmal.

Ayam Aneh Bertelur Hijau Putih Hingga Dapat Perhatian Para Pakar Yang Turut Berasa Hairan - nangtime.com

“Kami sudah menjalankan beberapa ujikaji keatas telur tersebut. Ini adalah fenomena aneh, mungkin ia berpunca daripada makanan yang dimakan oleh ayam-ayam berkenaan”, kata Dr. S Sankaralingam, Ass. Prof of Poultry Science dari Kerala Veterinary and Animal Science University.

Ayam Aneh Bertelur Hijau Putih Hingga Dapat Perhatian Para Pakar Yang Turut Berasa Hairan - nangtime.com

Bagaimanapun pemilik ayam berkenaan menafikan makanan yang diberi punca kenapa telur ayamnya menjadi hijau.

Ayam Aneh Bertelur Hijau Putih Hingga Dapat Perhatian Para Pakar Yang Turut Berasa Hairan - nangtime.com

Tambahnya lagi, mereka hanya memberikan ayam itu makan dedak dan juga minyak kelapa serta bahan buangan daripada dapur di rumah.

 

Facebook Comments Box