Seorang wanita yang dikenali sebagai Cik Azza Zainal mendedahkan pengalamannya mendapat kekasih kaki pukuI ketika masih dalam relationship.
Gadis berkenaan yang berusia 22 tahun memuat naik beberapa keping foto dan salinan laporan polis sebagai bukti apa yang telah terjadi kepada dirinya sebelum ini.
Cik Azza Zainal merupakan seorang pramugari yang bekerja di salah sebuah syarikat penerbangan terkemuka dan mempunyai lebih 117k pengikut di laman Instagram.
Menurut gadis ini, dia berkongikan kisahnya untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai terutamanya kaum wanita agar sentiasa berwaspada dan tidak menjadi mangsa penderaan teman lelaki sendiri.
Tambahnya lagi, seseorang itu tidak sepatutnya berasa kasihan kepada pasangan mereka yang bertindak di luar kawalan disebabkan rasa sayang yang mendalam.
Hi korang, i nak share pasal toxis and abusive relationship (penganiayaan dalam hubungan). Secara peribadi saya dah lalui benda ini sama ada penderaan dari segi fizikal mahu pun mental. Tapi after kawan-kawan i yang rapat, family and colleagues (rakan sekerja) dah tahu apa yang terjadi dekat diri i yang i simpan pendam dorang yakinkan i, i terus putuskan and tetapkan hati i untuk ambil tindakan.
Berbicara lebih lanjut, gadis berusia 23 tahun ini menjelaskan dia mengambil keputusan untuk menunggu lelaki itu selama dua tahun walaupun diperlakukan sedemikian rupa namun masih tidak sebarang perubahan yang ditunjukkan bekas pasangannya.
Pada masa yang sama, dia turut memberikan nasihat kepada gadis-gadis di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup supaya tidak menyesal kemudian hari.
Love yourself first jangan jadi bodoh macam i tunggu selama 2 tahun dan berharap dia akan sedar perbuatan dia. Kalau korang dapat partner yang dah start maki atau naik tangan i nasihatkan untuk tinggalkan je. Awak semua layak orang yang lebih baik, If someone doesn’t value you, they deserve to lose you .
These pictures will tell u a thousand stories..dont ever let yourself be a victim..
Sumber: Cik Azza Zainal