Tular satu video yang membangkitkan kemarahan orang ramai apabila video tersebut memaparkan satu perbuatan yang dianggap bodoh dan berrbahaya kepada kanak-kanak.
Video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak menghisap vape atau rokok elektrik yang dipercayai diberi sendiri oleh kedua-dua ibu bapanya.
Susulan video itu menjadi tular, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut menerima pelbagai kecaman darpada masyarakat yang marah dengan tindakan mereka memperlakukan anak sedemikian rupa.
Lagi membuatkan warganet marah apabila ibu kepada kanak-kanak tersebut memuat naik status yang seakan membidas kecaman netizen seperti di bawah:
Suka hati aku lah nak post apa, kalau rasa semak jangan follow aku. Aku tak follow pun sibuk-sibuk comment-comment dekat gambar aku.
Anak aku suka hati aku, aku yang jaga dia bod**!
Bagaimanapun selepas itu, bapa kepada kanak-kanak tersebut tampil memohon maaf kepada netizen.
Terima kasih atas nasihat semua. Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya mendidik anak. Saya bukan memaksa atau mendera beliau. Saya cuma bergurau. Kalau mana yang dah follow isteri saya, mesti tahu cara anak saya macam mana. Dia agak lasak dan ganas. Dia juga suka main benda bukan mainan dia atau budak-budak. Kalau dia nak sesuatu mesti dia nak juga.
Menurut Syamin Aizat, dia memohon maaf atas kesilapan memberikan anaknya vape seperti yang viral di laman sosial. Tambahnya, dia turut memaafkan semua yang tidak tahu kisah sebenar mengenai apa yang berlaku.
Antara komen-komen netizen:
Nak bergurau pun, biar kena dengan caranya..
Melentur buluh biar dari rebungnya..
Apa-apa pun, diharapkan Semoga lepas ni jagalah anak dengan baik-baikdan jangan beri mereka cuba macam-macam benda! Tak salah kalau nak bergurau ke apa, tapi biar la kena dengan caranya.