Bakal Isteri Meninggal Ketika Majlis Perkahwinan, Pengantin Lelaki Kemudian Mengahwini Adik Pengantin Perempuan

Berlaku di negara India, bakal isteri tiba-tiba meninggal dunia akibat serangan jantung ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung. Menurut laporan Odditycentral, kejadian yang pelik itu berlaku minggu lalu di daerah Etawah, Uttar Pradesh. Bakal Isteri Meninggal Ketika Majlis Perkahwinan, Pengantin Lelaki Kemudian Mengahwini Adik Pengantin Perempuan

Namun apa yang lagi mengejutkan ialah apabila pengantin lelaki kemudian mengahwini adik perempuan bakal isterinya yang baru sahaja meninggal

Pengantin wanita itu, Surabhi tiba-tiba jatuh tidak sedarkan diri di sebelah pengantin lelaki, Manjesh Kumar sebelum upacara pheras’ iaitu ritual penting dalam perkahwinan Hindu.

Wanita itu dilaporkan mengatakan dia merasa tidak sihat dan kemudian rebah. Ambulans dipanggil, tetapi anggota paramedik mengesahkan kematian wanita muda itu.

Seseorang akan menganggap peristiwa tragis itu akan mengakibatkan perkahwinan dibatalkan, tetapi itu tidak berlaku di India.

Selepas kematian pengantin wanita, keluarga Manjesh dan Surabhi duduk dan membincangkan permasalahan itu.

Mereka kemudian mencadangkan supaya pengantin lelaki menikahi adik perempuan si mati, Nisha, yang dipersetujui oleh ibu bapa pengantin perempuan.

“Kami tidak tahu apa yang harus dilakukan dalam situasi ini.

“Kedua-dua keluarga duduk bersama dan seseorang mencadangkan supaya adik perempuan saya Nisha berkahwin dengan pengantin lelaki.

Abang kepada pengantin perempuan, Saurabh mengataan kedua-dua keluarga telah diduk berbincang mengenai perkara itu dan mencapai persetujuan bersama.

 Bakal Isteri Meninggal Ketika Majlis Perkahwinan, Pengantin Lelaki Kemudian Mengahwini Adik Pengantin Perempuan
Surabhi dan adik perempuan (dalam bulatan)

Walaubagaimanapun dia mengaku situasi mereka kelihatan agak pelik kerana majlis perkahwinan adik perempuannya berlangsung, pada masa yang sama, mayat adik perempuannya yang lain sedang terbaring di bilik lain.

“Seperti yang anda bayangkan, upacara perkahwinan dilakukan dalam suasana yang sangat suram, kerana jasad Surabhi benar-benar berada di bilik sebelah. Nisha menerima perkahwinan ini sebagai tanggungjawab kepada keluarga,” kata Saurabh lagi.

Menurut bapa saudara Surabhi, Ajab Singh, merekap perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan maruah keluarga meskipun berada dalam tempoh yang sukar.

“Ini tempoh sukar bagi keluarga kami. Seorang anak perempuan terbaring di satu bilik dan perkahwinan anak perempuan yang lain sedang diadakan di bilik yang lain.

“Kami tidak pernah menyaksikan majlis bercampur emosi seperti ini.

“Kesedihan atas kematiannya dan kebahagiaan perkahwinan masih belum ada,” tambahnya lagi.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box