Bakal Pulang Ke Kampung Selepas 5 Tahun Berkhidmat, Wanita Hadiahkan Bibik Gelang Emas RM4,700

Pada masa sekarang, boleh dikatakan hampir semua pasangan suami isteri yang bekerja mencari rezeki buat keluarga. Oleh sebab itu, kehadiran pembantu rumah adalah sangat diperlukan untuk meringankan seba sedikit beban dalam menguruskan rumah.Bakal Pulang Ke Kampung Selepas 5 Tahun Berkhidmat, Wanita Hadiahkan Bibik Gelang Emas RM4,700

Memiliki pembantu rumah yang baik dan senang menyesuaikan diri deengan keluarga sememangnya satu kegembiraan buat tuan rumah.

Selain daripada membantu dalam urusan harian di kediaman para majikan, mereka juga kadang-kala sudah dianggap seperti keluarga memandangkan bekerja dengan ikhlas serta sudah lama berkhidmat.

 

Namun, seperti juga orang lain, pembantu rumah juga mempunyai keluarga merea sendiri dan mereka berhak menentukan arah tuju hidup mereka. Oleh itu hari perpisahan sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan.Bakal Pulang Ke Kampung Selepas 5 Tahun Berkhidmat, Wanita Hadiahkan Bibik Gelang Emas RM4,700 Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Feetrie Aziz22 apabila memuat naik momen pembantu rumahnya yang bakal pulang ke kampung selepas 5 tahun berkhidmat.

Apa yang menarik perhatian adalah hadiah yang diberikan kepada pembantu rumahnya iaitu seutas gelang emas yang dipakaikan isteri buat wanita tersebut.

Menurutnya, hadiah berkenaan adalah tanda terima kasih kerana setia berkhidmat dan lama bersama keluarganya membantu menguruskan rumah.

Dari posting tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan sebak dan menitiskan air mata setelah diberikan gelang emas berharga RM4,700 berkenaan.

Bakal Pulang Ke Kampung Selepas 5 Tahun Berkhidmat, Wanita Hadiahkan Bibik Gelang Emas RM4,700

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah memuji dan mengakui terharu dengan layanan majikan kepada pembantu rumah.

VIDEO:

Mereka juga turut mendoakan agar kebaikkan tersebut dibalas oleh Allah S.W.T dan mengakui jika kita bekerja secara ikhlas pasti akan mendapat ganjaran yang baik seperti yang diterima pembantu rumah itu.

Antara komen-komen netizen:Bakal Pulang Ke Kampung Selepas 5 Tahun Berkhidmat, Wanita Hadiahkan Bibik Gelang Emas RM4,700

Sumber: @feetrieaziz22, OMM

 

Facebook Comments Box