Balai Polis Dikejutkan Kedatangan ‘Tetamu’ Yang Melaporkan Sendiri Kehilangannya

Balai Polis Dikejutkan Kedatangan ‘Tetamu’ Yang Melaporkan Sendiri Kehilangannya. Anggota polis di Balai Polis Odessa, Texas, Sarjan Rusty Martin terkejut apabila menerima laporan ketika bertugas pada waktu malam oleh seekor anjing.nangtime.com - Balai Polis Dikejutkan Kedatangan ‘Tetamu’ Yang Melaporkan Sendiri Kehilangannya

Anjing berkenaan masuk kedalam balai polis tersebut selepas pintu terbuka luas dan segera ke kaunter bagi membuat ‘laporan polis’ mengenai kehilangan dirinya.

Dalam satu hantaran di Facebook oleh Odessa Police Department, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi apabila seekor anjing jenis baka Husky dan German Shepherd yang sesat daripada rumah, datang sendiri ke balai polis bagi meminta pertolongan.nangtime.com - Balai Polis Dikejutkan Kedatangan ‘Tetamu’ Yang Melaporkan Sendiri KehilangannyaMartin yang berada di kaunter hadapan ketika itu mendapati anjing tersebut memakai kolar namun tidak mempunyai tag nama, dipercayai telah terjatuh.

 

“Anjing ini berlari menuju kaunter hadapan balai polis ini malam semalam meminta bantuan”, tulis pada ruangan kapsyen Facebook.

nangtime.com - Balai Polis Dikejutkan Kedatangan ‘Tetamu’ Yang Melaporkan Sendiri Kehilangannya

Martin menghubungi jabatan haiwan bagi mengesan mikrocip dalam badan anjing itu, namun ia telah melarikan diri keluar daripada balai tidak lama kemudian.

nangtime.com - Balai Polis Dikejutkan Kedatangan ‘Tetamu’ Yang Melaporkan Sendiri Kehilangannya

Pencarian anjing itu diteruskan pada keesokkan harinya dan mendapati ia telah pulang semula kepada tuannya, Edward Alwarado.

nangtime.com - Balai Polis Dikejutkan Kedatangan ‘Tetamu’ Yang Melaporkan Sendiri Kehilangannya

Hantaran ini mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memuji kepintaran dan kepandaian anjing itu.

Sumber: Elite Readers

Facebook Comments Box