Bandar Yang Lenyap Berusia 300 Tahun Kini Muncul Semula

MANILA: Sebuah bandar berusia 300 tahun di Filipina yang sebelum ini ‘lenyap’ selepas pembinaan sebuah empangan kini dapat dilihat kembali.nangtime.com - Bandar Yang Lenyap 300 Tahun Lepas Kini Muncul Semula

Ia selepas berlakunya musim kemarau yang menyebabkan air surut di empangan berkenaan.

Stuff.co melaporkan, bandar yang terletak di wilayah Nueva Ecija itu tidak dapat dilihat sejak hampir 50 tahun lalu.

Ia menyebabkan lokasi itu kini menjadi tarikan pelancong dan bekas penduduk bandar berkenaan.

Seorang bekas penduduknya, Alexandr Agustin berkata, dia sempat merakam video sewaktu mengunjungi bandar lama itu bersama keluarga dan jirannya.

“Saya dibesarkan di situ tetapi selepas bandar itu tenggelam, kami terpaksa berpindah dan mencari penempatan yang lain.

nangtime.com - Bandar Yang Lenyap 300 Tahun Lepas Kini Muncul Semula

“Saya gembira dapat kembali ke sana dan teringat kehidupan saya di situ sebelum bandar itu ditenggelami air,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi individu, Joergen Cruz Mandilag merakam video pemandangan bandar Pantabangan menggunakan dron pada 28 Julai lalu.

Menurutnya, ramai yang mengunjungi lokasi berkenaan tetapi mereka perlu mendapatkan permit dan mematuhi penjarakan fizikal.

“Kebiasaannya, kami berkunjung ke sini untuk mengambil gambar matahari terbit. Kami tahu mengenai kisah bandar lama yang tenggelam.

“Cuma tidak pernah berpeluang melihatnya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan bandar yang pernah hilang itu.

“Malah, penduduk di sana mengatakan mungkin bertahun lagi kami berpeluang untuk melihatnya lagi,” katanya.

Pantabangan lenyap selepas ditenggelami air susulan pembinaan empangan terbesar di Asia Tenggara di wilayah itu pada 1970-an.- Agensi

Facebook Comments Box