Seorang ibu terkejut besar apabila mengetahui anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun telah melahirkan anak!
Insiden itu dilaporkan berlaku dii sebuah kampung di Kota Belud, Sabah pada Ahad lalu. Si ibu tersedar dari tidur pada jam sekitar 3 pagi dan terperanjat melihat anaknya sedang membersihkan seorang bayi perempuan.
Ibu mana yang tidak terkejut melihat situasi tersebut? Terkejut dengan kejadian, wanita terbabit segera membawa remaja dan bayi itu ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sepatutnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, hasil siasatan awal polis mendapati remaja perempuan tersebut dipercayai dirogoI oleh sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
“Hasil siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai dirogoI oleh sepupunya sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.
“Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam (Isnin), untuk siasatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Katanya lagi, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
“Setakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogoI,” katanya.
Sumber: Sinar Harian