Banjir ‘Darah’ Melanda Kampung Dibimbangi Cetuskan Ketakutan

Bimbang Disalahanggap Tanda Kiamat, Kampung Dilanda Banjir Merah Seakan ‘Darah’ Jadi Tular.Banjir ‘Darah’ Melanda Kampung Dibimbangi Cetuskan Ketakutan

Sebuah perkampungan di Indonesia ditenggelami ‘banjir darah’ selepas banjir melanda sebuah kilang batik pada Sabtu dan insiden itu turut menjadi tular di media sosial.

Ribuan pengguna Twitter berkongsi gambar dan video kampung Jenggot di bandar Pekalongan di Jawa Tengah yang tenggelam dengan air berwarna merah sehingga ada yang menggelar ia sebagai darah.

nangtime.com - Banjir ‘Darah’ Melanda Kampung Dibimbangi Cetuskan Ketakutan

“Saya bimbang jika gambar ini jatuh ke tangan penyebar berita palsu. Mereka pasti akan mencetuskan ketakutan terhadap golongan yang akan percaya ia sebagai tanda kiamat, hujan darah dan sebagainya,” kata pengguna laman blog mikro itu, Ayah E Arek-Arek.nangtime.com - Banjir ‘Darah’ Melanda Kampung Dibimbangi Cetuskan KetakutanBandar Pekalongan dikenali sebagai sebuah kota terkenal dalam penghasilan batik secara tradisional.

 

 

“Kadangkala ada juga lopak air berwarna ungu di jalan raya,” kata seorang lagi pengguna Twitter, Area Julid yang mendakwa dia menetap di kawasan itu.

nangtime.com - Banjir ‘Darah’ Melanda Kampung Dibimbangi Cetuskan Ketakutan

Sementara itu, Ketua Bantuan Bencana Pekalongan, Dimas Arga Yudha mengesahkan foto dan rakaman yang telah menjadi tular tersebut.

“Banjir darah itu berlaku kerana warna batik. Ia akan hilang apabila bercampur dengan air hujan,” jelasnya.nangtime.com - Banjir ‘Darah’ Melanda Kampung Dibimbangi Cetuskan KetakutanBulan lalu, banjir hijau terang turut menenggelamkan kawasan perkampungan di utara bandar tersebut.

 

Sumber: SinarHarian

Facebook Comments