Bapa Menabung Duit Syiling Dalam Tong Besar, Orang Ramai Ternganga Melihat Jumlahnya Yang Terlalu Banyak

Tabiat menabung atau menyimpan duit sememangnya satu tabiat yang bagus dan elok diamalkan. Tidak dinafikan ramai orang yang suka menabung, tetapi tidak ramai yang mampu mendisiplin diri untuk tidak mengambil duit tabungan itu untuk kegunaan yang tidak perlu.Bapa Menabung Duit Syiling Dalam Tong Besar, Orang Ramai Ternganga Melihat Jumlahnya Yang Terlalu Banyak - sajagempak.com

Dewasa ini, semakin banyak orang berkongsi cara-cara mereka menabung namun tidak dinafikan berjaya atau tidak itu adalah bergantung kepada individu itu sendiri.

Dalam satu video yang tular, seorang pemuda telah mencuri perhatian netizen apabila kisahnya menabung duit syiling ke dalam sebuah tong besar menjadi tular. Apa yang mengejutkan adalah tong besar itu semuanya dipenuhi duit syiling yang dikumpul oleh ayahnya sejak 5 tahun lalu.Bapa Menabung Duit Syiling Dalam Tong Besar, Orang Ramai Ternganga Melihat Jumlahnya Yang Terlalu Banyak - sajagempak.com

Berkongsikan video ketika dia dan keluarganya membuka tong tersebut untuk mengiranya, orang ramai melopong seakan tidak percaya melihat duit syiling yang begitu banyak sekali terkandung dalam tong berkenaan.

“Buka tabung 5 tahun check. Malam tadi kami selesai buka tabung ayah kami. Bermula dari maghrib hingga pukul 9 baru selesai,” kata pemuda ini.

Selepas mengira sehingga pukul 9 malam, jumlah duit syiling yang terkumpul dalam tong itu yang dikira ahli keluarga ini adalah lebih kurang sebanyak Rp 20 juta (RM 6,050).Bapa Menabung Duit Syiling Dalam Tong Besar, Orang Ramai Ternganga Melihat Jumlahnya Yang Terlalu Banyak - sajagempak.com

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kegigihan ayah pemuda ini untuk menabung duit syiling sehingga tong besar itu penuh.Seorang netizen berseloroh mengatakan dia tidak boleh membayangkan sekiranya ketika mengira duit tabungan itu, tiba-tiba sahaja terlupa berapa yang sudah dikira.Bapa Menabung Duit Syiling Dalam Tong Besar, Orang Ramai Ternganga Melihat Jumlahnya Yang Terlalu Banyak - sajagempak.com

Tak kurang juga beberapa orang pengguna yang mengatakan mereka turut terinspirasi dengan sikap menabung ayah pemuda ini dan mahu turut sama melakukannya di rumah.

Facebook Comments Box