Bapa Terpaksa Bawa Anak-anak Berjalan Kaki Beratus Kilometer Untuk Cari Kerja Demi Sara Hidup

Seorang bapa terpaksa membawa kedua-dua orang anaknya yang masih kecil demi mencari pekerjaan di sebuah tapak pembinaan. Kisah yang berlaku Nakhon Ratchasima, Thailand itu dikongsikan oleh seorang lelaki yang secara kebetulan menemui mereka di berjalan di tepi jalan di tengah-tengah cuaca panas.Bapa Terpaksa Bawa Anak-anak Berjalan Kaki Beratus Kilometer Untuk Cari Kerja Demi Sara Hidup

Menurut laporan Siam News, difahamkan anak beranak itu bertindak sedemikian selepas si ibu nekad meninggalkan mereka dipercayai dengan ‘melarikan diri’ bersama lelaki lain.

Si bapa dan anak-anaknya berjalan kaki di tengah panas dan kelihatan letih dan kelaparan dan apa yang lagi menyedihkan ialah  lokasi yang dituju mereka juga masih sangat jauh iaitu dalam 100km lagi untuk sampai sebelum ditemui oleh seorang lelaki prihatin.

Tak boleh bayangkan bagaimana dan berapa lama baru mereka boleh sampai kesana dengan berjalan kaki, lagi-lagi anak-anaknya yang masih kecil lagi. Mujurlah mereka terserempak dengan seorang pemandu yang baik hati dan kemudiannya menumpangkan mereka.Bapa Terpaksa Bawa Anak-anak Berjalan Kaki Beratus Kilometer Untuk Cari Kerja Demi Sara Hidup

Menerusi laman Facebook, Pak Ratthaphim memuat naik posting berkongsi kisah mengenai lelaki berkenaan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Masa memandu ke tempat kerja, saya ternampak seorang lelaki membawa dua beg dan memegang tangan kanak-kanak kecil, dipercayai anaknya di tepi jalan di Ban Kham,” katanya.

Tidak sampai hati melihat situasi tersebut, Ratthaphim berpatah semula sebelum memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk bertanya lebih lanjut kepada lelaki berkenaan.Bapa Terpaksa Bawa Anak-anak Berjalan Kaki Beratus Kilometer Untuk Cari Kerja Demi Sara Hidup

Alangkah terkejutnya Ratthaphim apabila mengetahui kisah mereka. Merasa kesian, dia  kemudian menumpangkan mereka ke Korat dan memberi sedikit wang selain sempat memberi pesanan kepada lelaki itu agar menjaga anak-anak dengan sebaiknya.

Dari dalam kereta, dia melihat lelaki berkenaan terus membawa kedua-dua anaknya masuk ke dalam restoran yang pasti kelaparan setelah berjalan jauh mengikut si bapa.

Bapa Terpaksa Bawa Anak-anak Berjalan Kaki Beratus Kilometer Untuk Cari Kerja Demi Sara Hidup“Selagi kita boleh bantu, mari bantu antara satu sama lain. Semoga lelaki itu kuat dan berjaya membesarkan anak-anaknya,” ujar Ratthaphim.

Semoga dimurahkan rezeki buat keluarga ini.

 

Facebook Comments Box