Baru Habis Study Dah Sibuk Nak Kahwin, Mak Ayah ‘Struggle’ Kesempitan Duit Kau Tak Tolong

Pada masa sekarang, kahwin di usia muda bukanlah sesuatu asing buat masyarakat kita. Tidak slaah jika mahu kahwin awal, tapi seeloknya cuba bantu keluarga terlebih dahulu, lebih-lebih lagi kalau mak ayah sedang struggle.

nangtime.com - Baru Habis Study Dah Sibuk Nak Kahwin, Mak Ayah 'Struggle' Kesempitan Duit Kau Tak Tolong
Foto Hiasan

Anak-anak tak kira lelaki atau perempuan tidak sepatutnya  tanpa rasa bersalah mengabaikan tanggangjawab kepada ibu bapa dan membiarkan mereka struggle cari duit hanya kerana mahu berkahwin awal.

Seorang individu bernama Fahmi telah berkongsi status di Facebook beliau yang mempersoalkan tindakan anak saudara sendiri yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa sendiri semata-mata mahu berkahwin.

Menurut individu terbabit, anak saudaranya yang berumur 23 tahun dan bekerja sebagai pembantu jurutera bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya.

” Tak lama lagi kenduri kahwin anak buah, anak lelaki abang aku. Umur 23 tahun, memang dah sesuai kahwin pun. Cuma apa yang aku kesaIkan, bukan main bersungguh-sungguh kau kerja siang malam cari duit sebab nak kahwin.

” Sedang bapak kau (abang aku) masih struggle cari duit nak hdup lepas kena buang kerja sampai berhutang sana-sini. Abang aku umur dah hampir pencen lagi 4 5 tahun. Jadi umur begitu memang susah nak dapat kerja kat company lain walaupun dia banyak pengalaman.

” Tapi hutang rumah, kereta dan lain-lain masih belum habis bayar. Jadi terpaksa lah dia meniaga kecil-kecilan dibantu kakak ipar aku.

Faham dengan kesusahan dihadapi abangnya, Fahmi memberitahu beliau dan adik-beradik lain ada membantu abangnya dari segi kewangan.

nangtime.com - Baru Habis Study Dah Sibuk Nak Kahwin, Mak Ayah 'Struggle' Kesempitan Duit Kau Tak Tolong

Namun menegaskan anak saudaranya itu yang seharusnya menggalas tugas membantu dari perbelanjaan bulanan memandangkan sudah bekerja dan mempunyai kemampuan.

 

” Bila aku tanya abang aku, Hafiz tak bantu ke tolong bayar rumah ke kereta ke.. Sebab anak abang aku 3 orang semua tinggal sekali. Yang sulung lelaki umur 22 yang nak kahwin, nombor 2 perempuan umur 20 tahun dah kerja dan bongsu umur 12 tahun, masih sekolah.

” Jadi aku tanya abang aku, Hafiz tak support ke sikit..sebab masih tinggal dengan orang tua takkan lah tak boleh tolong langsung bayar sewa rumah.

” Jawab abang aku lembut, Hafiz pun tak cukup, tengah kumpul duit nak kahwin tak lama lagi tu..sampai tak pernah miss kerja overtime kejar cari duit. Basic dah RM2300, campur overtime dapatlah jugak RM3000 lebih, kata abang aku.

” Tambah abang aku lagi, sempat juga lah Hafiz kumpul duit 30k nak buat kahwin.

” Aku dalam hati, Allahu sampai macam tu sekali. Ya bagus kau gigih cari duit nak kahwin, nak sunting anak dara orang. Tapi mak bapak sendiri kau abaikan.

” Apa salahnya kau bantu dulu orang tua, balas jasa balik.. gembirakan hati orang tua kau dulu..tak suruh pun kau belanja mak ayah barang mahal atau sponsor pergi umrah (bawak jalan-jalan pergi oversea jauh sekali). Lagipun mak ayah kau pun tak mintak semua tu.nangtime.com - Baru Habis Study Dah Sibuk Nak Kahwin, Mak Ayah 'Struggle' Kesempitan Duit Kau Tak Tolong” Tak mintak lama, cukup lah kau spend setahun atau 2 tahun just untuk mak ayah..bantu apa yang patut, apatah lagi sekarang orang tua kau sekarang tengah problem.

” Seolah-olah kau punya plan hidup sekarang, habis belajar pastu kerja dan kumpul duit..kemudian kahwin..selesai..habis mak ayah? tolak tepi sebab dorang pun pandai cari duit sendiri..camtu agaknya dalam kepala otak kau”, luah individu terbabit dengan rasa geram.

Tambah individu terbabit dia berkongsi hal tersebut kerana mahu anak muda mengubah persepsi masing-masing dalam soal perkahwinan. Ambillah peluang ketika usia muda untuk berbakti kepada orang tua kita terlebih dahulu.

Tiada yang salah berkahwin awal, cuma jangan sampai mengabaikan tanggvngjawab kepada ibu dan ayah kita.

Facebook Comments Box