Batu Meteorit Jatuh Menembusi Bumbung Rumah, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Menjualnya RM7.6 Juta 

Seorang lelaki di negara jiran, Indonesia langsung tidak menyangka akan tuahnya menjadi jutawan segera kerana satu kejadian di rumahnya. Josua Hutagalung yang bekerja sebagai pembuat keranda memberitahu keitka sedang sibuk kerja bertukang untuk membuat keranda, dia dikejutkan dengan satu bunyi yang amat kuat dan satu benda tidak dikenali menerjah masuk ke dalam rumahnya dari atas langit.nangtime.com - Batu Meteorit Jatuh Menembusi Bumbung Rumah, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Menjualnya RM7.6 Juta 

Benda tidak dikenali itu jatuh ke rumah Josua Hutagalung yang terletak di Kolang, Sumatera Utara dan menyebabkan atap rumah rosak dan zink berlubang. Josua yang curiga dan ingin tahu pun memeriksa dan mendapati benda tidak dikenali yang jatuh ke rumahnya adalah sejenis batu seberat 2.1kg.

Menurut Josua, batu tersebut dikatakan masih panas lagi ketika Josua ingin memegang dan mengalihkan batu tersebut. Josua pada awalnya sudah berpendapat batu itu adalah batu dari angkasa lepas yang dipanggil meteorit.

nangtime.com - Batu Meteorit Jatuh Menembusi Bumbung Rumah, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Menjualnya RM7.6 Juta 
Atap zink berlubang

Salah satu sebabnya adalah kerana batu itu adalah agak mustahil untuk diangkat dan dilemparkan oleh seseorang atau menjatuhkannya dari langit hingga menyebabkan gegaran di rumah.nangtime.com - Batu Meteorit Jatuh Menembusi Bumbung Rumah, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Menjualnya RM7.6 Juta 

Selepas diperiksa, terbukti batu seberat 2.1kg itu adalah batu meteor dan dianggarkan berusia 4.5 billion tahun.

nangtime.com - Batu Meteorit Jatuh Menembusi Bumbung Rumah, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Menjualnya RM7.6 Juta 

Josua kemudian berjaya menjual batu tersebut dengan harga £1.4 juta ( lebih kurang RM7.6 juta) kepada seorang pakar angkasa dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Jared Collins. Jared Collins sanggup terbang dan berkunjung ke rumah Josua bagi mendapatkan sendiri batu meteorit tersebut.

nangtime.com - Batu Meteorit Jatuh Menembusi Bumbung Rumah, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Menjualnya RM7.6 Juta 
Josua

Meskipun dunia sedang dilanda pandemik, Jared mengatakan kesanggupannya untuk membeli batu tersebut dan bekerjasama dengan saintis dan pengumpul di Amerika Syarikat.

nangtime.com - Batu Meteorit Jatuh Menembusi Bumbung Rumah, Lelaki Jadi Jutawan Selepas Menjualnya RM7.6 Juta 

Josua bercadang untuk menggunakan sebahagian duit yang diperolehinya daripada penjualan batu tersebut untuk pembinaan gereja untuk komuniti setempatnya.

Menurut Metro UK, Batu meteorit itu kemudian dibawa ke Amerika Syarikat dan dikatakan dibeli pula oleh seorang doktor dan pengumpul yang dikenali sebagai Jay Piatek dari Indianapolis.

Sedikit info:

  • Meteoroid merupakan sepihan batu-batu kecil di angkasa lepas.
  • Meteor ialah Meteoroid yang ditarik dan masuk ke graviti Bumi dan kelihatan terbakar atau berkilat, biasa kita panggil tahi bintang.
  • Meteorit merupakan Meteor yang tidak habis terbakar dan berjaya sampai ke permukaan Bumi.

Info terbaru yang diterima mengatakan Josua Hutagalung sebenarnya tidak mendapat RM7.6 Juta, tapi sebaliknya dia hanya memperoleh RM57,600 sahaja dan dia menyesal kerana menjual terllau murah. Adoi, macam-macam!

Facebook Comments Box