Niatnya mahu ambil hati isteri dan menggembirkannnya, namun tindakan lelaki yang juga anggota polis ini akhirnya membawa padah kepada dirinya.
Ya, memang tidak salah jika mahu mengambil hati isteri, namun buat la dengan cara yang tidak menyalahi undang-undang.
Anggota polis ini membawa isterinya naik helikopter menggunakan hak milik majikannya iaitu Royal Thai Police. Perbuatan ini sebenarnya adalah salah dan melanggar tatatertib.
Dari sini mesti dah dapat fikir apa jadikan? Tanggapan korang tu mungkin betul apabila suaminya diturunkan pangkat dan kini “dipindahkan ke pos yang tidak aktif.”
Ia bermaksud mana-mana polis yang kena ni, mereka akan ditempatkan dekat satu kedudukan “dalam siasatan.” Untuk hukuman tatatertib atas kesalahan yang di buat. Pendek kata digantung tugas.
Berbalik kepada cerita ini, si isteri kongsikan rasa gembira dia dapat naik helikopter polis di TikTok, difahamkan helikopter ini digunakan mereka untuk tujuan bersiar-siar.
Meskipun video itu telahpun dipadamkan, namun seperti kebanyakan kes pada hari ini, dengan kepantasan sikap netizen, ada orang yang save video tersebut dan menularkannya.
Dilihat dalam video itu, wanita tersebut buat tanda peace, buat duck face dan siap tunjuk view daripada helikopter lagi.
Polis dari Udon Thani, Komander Pitsanu Unhaseri mengesahkan bahawa helikopter itu merupakan hak milik Thai Royal Polis.