Bawa Tempahan Kuih Donut, Rider Penghantar Makanan Menggelupur Kena Tahan Polis

Gara-gara kuih donut, seorang penghantar makanan hampir ditahan poIis kerana bungkusan gula yang menyerupai bahan terlarang.nangtime.com - Bawa Tempahan Kuih Donut, Rider Penghantar Makanan Menggelupur Kena Tahan Polis

Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan melalui sekatan jalan raya poIis dan mendapati beberapa bungkusan serbuk berwarna putih.

Lelaki itu yang sedang berpuasa pada awalnya terkejut dan panik, namun menarik nafas lega kerana ada seorang poIis berbangsa India yang turut berada di tempat kejadian membuka dan merasa bungkusan itu.

“Member aku kena tahan. Sekali donut gula asing,” kata rakan kepada penghantar makanan yang berkongsi pengalaman itu melalui WhatsApp.

Hantaran lucu melalui paparan skrin itu dikongsi pengguna Twitter Hassray Mohamad di Twitter, sehingga kini diulang kicau lebih 37,200 kali dan mendapat lebih 27,200 tanda ‘suka’.nangtime.com - Bawa Tempahan Kuih Donat, Rider Penghantar Makanan Menggelupur Kena Tahan Polis

“Aduh buat pasal betul lah orang yang jual donut bungkus gula macam itu. Tak pasal menggeIupur orang yang hantar tu dengan poIis,” catatnya.

Rata-rata warga Twitter di ruangan komen terhibur dengan hantaran itu dan menasihati pengusaha makanan agar tidak menyediakan bungkusan dalam keadaan mencurigakan.

VIDEO:

Antara komen-komen netizen:

Boleh bayangkan polis tu tergelak..

nangtime.com - Bawa Tempahan Kuih Donat, Rider Penghantar Makanan Menggelupur Kena Tahan Polis

Minta orang jual tuliskan ‘gula untuk donut..

nangtime.com - Bawa Tempahan Kuih Donat, Rider Penghantar Makanan Menggelupur Kena Tahan Polis

“Gula asing tak apa, yang pergi bungkus kecil macam tu kenapa. Mencurigakan betul,” balas @ZatyyyA. Nasib baik poIis tu tak tarik terus pergi balai,” catat Caaa.

Ada yang berpendapat jarang pelanggan meminta taburan gula diasingkan daripada donut, namun ada yang mengatakan ia biasa ketika donut dijual dalam bentuk sejuk beku.

Kalau kena tahan polis, tak perlu takut kalau tak melakukan apa-apa yang salah, hehe.

Facebook Comments Box