Seorang bayi terselamat daripada kejadian menakutkan yang berlaku kepada sebuah rumah Prairieville, Louisiana, Amerika Syarikat.
Dalam kejadian tersebut, bayi berusia 5 bulan yang dikenali sebagai Cannon itu sedang nyenyak tidur dalam bilik manakala ibu bapanya, Courtney dan Kale Buchholtz pula berada di ruang tamu rumah.
Waktu kejadian, bumbung rumah tempat bayi mereka tidur tiba-tiba runtuh dan menghasilkan bunyi hentaman yang kuat dan mengejutkan ibu bapanya.
Terkejut dan cemas, mereka bergegas berlari kearah bilik bayi mereka untuk menyelamatkannya.
Cannon bernasib baik kerana terselamat namun menangis kerana terkena serpihan bumbung yang jatuh. Courtney dan Kale Buchholtz sangat bersyukur kerana bayi mereka tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Menerusi rakaman video yang dikongsi di Facebook, Cannon sedang nyenyak tidur di katil ketika serpihan pokok itu memecahkan bumbung dan jatuh ke dalam bilik tidurnya.
“Berlari mendapatkan bayi saya yang terkena serpihan pokok merupakan salah satu perkara paling menakutkan yang pernah saya alami,” tulis Courtney dalam status di akaun Facebook miliknya.
VIDEO:
Selepas kejadian itu, keluarga ini bermalam di rumah ahli keluarga mereka yang lain sementara menunggu bumbung dan kerosakan di rumah mereka sudah dibaiki dan selamat untuk didiami semula.