Bayi Menggelongsor Laju Ke Jalan Curam, Lelaki Campakkan Motosikal Dan Beg Galas Dan Berlari Selamatkannya

Baru-baru ini tular satu video yang mendebarkan mengenai seorang bayi yang sedang menggunakan walker. Walker yang dinaki bayi tersebut menggelongsor turun merentasi jalan curam dan berdepan risiko kecederaan atau lebih teruk lagi kehilangan nyawa.nangtime.com - Bayi Menggelongsor Laju Ke Jalan Curam, Lelaki Campakkan Motosikal Dan Beg Galas Dan Berlari Selamatkannya

Dalam video, agak gerun melihat walker bayi itu menggelongsor dengan laju, namun nasib baik keadaan bayi itu disedari oleh seorang lelaki bermotosikal.

Sebaik sahaja melihat bayi tersebut, lelaki berkenaan terus terjun dari motosikalnya dan berlari laju untuk menahan dan menyelamatkan bayi itu daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

nangtime.com - Bayi Menggelongsor Laju Ke Jalan Curam, Lelaki Campakkan Motosikal Dan Beg Galas Dan Berlari Selamatkannya

Tanpa berfikir panjang, lelaki itu bertindak pantas dengan mencampakkan beg galasnya dan terus berlari demi bayi tersebut dan akhirnya bayi tersebut dapat diselamatkannya.

Beberapa saat selepas lelaki itu berjaya menahan kereta sorong itu, ibu atau penjaga bayi tersebut kelihatan berlari mendapatkan bayi tersebut.

nangtime.com - Bayi Menggelongsor Laju Ke Jalan Curam, Lelaki Campakkan Motosikal Dan Beg Galas Dan Berlari Selamatkannya

Selepas video ini tersebar, ramai netizen memuji tindakan pantas lelaki berkenaan dan menganggapnya sebagai hero. Namun tak kurang juga yang menyalahkan ibu bapa atau penjaga bayi berkenaan yang mereka anggap agak cuai kerana membiarkan bayi berkenaan tanpa pengawasan rapi.

VIDEO:

 

Kepada ibu bapa dan penjaga bayi dak kanak-kanak kecil di luar sana, diharapkan supaya sentiasalah perhatikan anak anda dan pastikan keadaan sekeliling mereka selamat sebelum bermain atau menggunakan walker. – NANGTIME

Facebook Comments Box