Beli Kereta Mewah Selepas Jual Tanah Dan Jadi Jutawan, Belasan Kereta Kemudian Jadi Rosak Sebab Tak Pandai Memandu

Sebuah perkampungan di Indonesia dipenuhi jutawan segera yang terdiri daripada penduduk kampung setelah mereka mendapatkan wang pampasan tanah yang dibeli oleh syarikat minyak di Jawa Timur, Indonesia.Beli Kereta Mewah Selepas Jual Tanah Dan Jadi Jutawan, Belasan Kereta Kemudian Jadi Rosak Sebab Tak Pandai Memandu

Dikatakan lebih kurang 225 penduduk Kampung Sumurgeneng di daerah Jenu itu bersetuju menerima antara RM2.3 juta hingga RM7.5 juta setiap seorang untuk tanah mereka dan sekaligus menjadikan mereka semua bergelar jutawan.

Kebanyakkan daripada mereka menggunakan sebahagian duit mereka untuk membeli kereta dan ratusan buah kereta telah dihantar kekampung mereka hingga menjadi bualan ramai dan tular di media sosial.Beli Kereta Mewah Selepas Jual Tanah Dan Jadi Jutawan, Belasan Kereta Kemudian Jadi Rosak Sebab Tak Pandai Memandu

Walaubagaimanapun, kemudiannya beberapa orang ‘jutawan’ ini mengalami masalah dengan kereta mewah yang dibeli mereka kerana mengalami kerosakan. Kerosakan itu pula berpunca daripada mereka sendiri yang tidak pandai memandu dan menggunakan kereta-kereta mewah tersebut hingga terjadi beberapa kemalangan yang tidak disengajakan.

VIDEO:

Pengurus bahagian Auto 2000 Tuban memberitahu sudah ada 15 buah kereta dari kampung tersebut yang mengalami kerosakan berpunca daripada kemalangan. Kemalangan itu pula rata-ratna berlaku di jalan sekitar kampung mereka.

Dalam gambar di bawah, satu daripada kereta yang rosak itu ialah berpunca daripada pemandunya yang melanggar ruangan garaj ketika mahu mengundurkan keretanya.Beli Kereta Mewah Selepas Jual Tanah Dan Jadi Jutawan, Belasan Kereta Kemudian Jadi Rosak Sebab Tak Pandai Memandu

Seeloknya, jika sudah mendapat duit yang banyak secara mendadak, lebih baik buat perancangan kewangan dengan teliti terlebih dahulu sebelum membelanjakannya. Jika mahu membeli kereta, seeloknya belajar memandu dan ambil lesen terlebih dahulu.

Facebook Comments Box