Beli Keropok Lekor Siap Minta Sos Lebih, Saat Nak Makan Ternampak Cicak Hidup Dalam Sos

Semua orang mesti pernah membeli makanan di luar rumah, namn seperti yang kita sedia maklum, tidak semua kualiti makanan dan kebersihannya menepati kehendak kita.Beli Keropok Lekor Siap Minta Sos Lebih, Saat Nak Makan Ternampak Cicak Hidup Dalam Sos

Pernahkah anda membeli makanan dari luar, tapi kemudiannya tidak dapat menjamah makanan tersebut disebabkan sesuatu insiden seperti makanan jatuh, basi, kena makan oleh kucing atau  tidak diterima oleh perut anda?

Situasi yang dialami oleh seorang gadis ini pun lebuh kurang sama cuma sedikit berbeza. Ceritanya gadis ini membeli keropok lekor dan siap minta penjualnya untuk beri sos lebih sikit.Beli Keropok Lekor Siap Minta Sos Lebih, Saat Nak Makan Ternampak Cicak Hidup Dalam Sos

Namun kemudiannya berlaku sesuatu yang tidak diduga ketika dia mahu menikmati keropok lekor yang dibelinya itu. Saat dia cuba mencicah keropok lekor ke dalam sos yang diletakkan dalam mangkuk, tiba-tiba sahaja dia ternampak ada seekor cicak dia dalamnya!

Aduhh! Malang sekali kerana cicak itu telah ‘merosakkan’ sos tersebut. Anda semua mesti tahu kan, nak makan keropok lekor ini memang tak berapa kena kalau tiada sos dia. Lagi melucukan apabila gadis ini siap minta sos lebih ketika membelinya.Beli Keropok Lekor Siap Minta Sos Lebih, Saat Nak Makan Ternampak Cicak Hidup Dalam Sos

Tak pasti dari mana datangnya cicak tersebut, kemungkinan jatuh dari siling. Bukan itu sahaja, cicak itu juga rupanya masih hidup dan telah keluar melarikan diri dari mangkuk sos tersebut beberapa ketika kemudiannya.

Beli Keropok Lekor Siap Minta Sos Lebih, Saat Nak Makan Ternampak Cicak Hidup Dalam Sos

Terpaksalah gadis ini makan keropok kering je.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tergelak dengan perkongsikan gadis ini dan ada diantara mereka juga menceritakan pernah mengalami keadaan yang kurang lebih serupa.

VIDEO:

Ada juga yang memberitahu agar gadis ini agar cicah keropok lekor di tempat yang tak kena cicak tu, bahagian tepi mangkuk sos itu. Emmm.

Antara komen-komen netizen:

Beli Keropok Lekor Siap Minta Sos Lebih, Saat Nak Makan Ternampak Cicak Hidup Dalam Sos

Kalau korang, nak makan lagi ke sos tu atau buang saja?

Facebook Comments Box