Bengang Jalan Kampung Rosak Lama Tak Dibaiki, Wanita Protes Mandi Dan Cuci Baju Guna Air Lopak

Bengang Jalan Kampung Rosak Lama Tak Dibaiki, Wanita Protes Mandi Dan Cuci Baju Guna Air Lopak.nangtime.com - Bengang Jalan Kampung Rosak Lama Tak Dibaiki, Wanita Protes Mandi Dan Cuci Baju Guna Air Lopak

Seorang penduduk kampung Desa Jati Baru, Lampung Selatan di Indonesia yang dikenali sebagai Ummu Hani berasa kesal dengan keadaan jalan di kampungnya yang tidak pernah dibaiki kerana mengalami kerosakan amat teruk.

Menurut laporan Kompas, berikutan itu banyak kemalangan berlaku akibat jalan yang berlubang itu sehinga meragut nyawa penunggang motosikal.

“Itu adalah jalan utama untuk warga Tanjung Bintang menuju kota. Habis rosak teruk sangat sehingga jalan-jalan kecil juga rosak,” jelasnya.

nangtime.com - Bengang Jalan Kampung Rosak Lama Tak Dibaiki, Wanita Protes Mandi Dan Cuci Baju Guna Air LopakDemi menunjukkan tanda protes terhadap ketua daerah, Hani dan suaminya bernama Dani Abdullah akhirnya mengambil keputusan untuk bergambar di jalan-jalan yang berlubang dan dipenuhi lumpur itu.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengakui pernah mengalami kemalangan di jalan yang rosak tersebut. Namun mujurlah tiada kecederaan teruk.

nangtime.com - Bengang Jalan Kampung Rosak Lama Tak Dibaiki, Wanita Protes Mandi Dan Cuci Baju Guna Air Lopak

“Saya buat macam ini sebab selalu dengar keluhan orang-orang kampung dan kami juga pernah jadi korban, jatuh di kawasan itu,” ujarnya.

Foto-foto yang dimuat di akaun Facebook itu merupakan sebahagian besar aktiviti warga desa yang memilih untuk membasuh baju menggunakan air lopak-lopak tersebut.

nangtime.com - Bengang Jalan Kampung Rosak Lama Tak Dibaiki, Wanita Protes Mandi Dan Cuci Baju Guna Air Lopak

“Saya memilih untuk sindiran sahaja kerana tak suka dengan kebencian. Alhamdulillah ramai yang support kami,” katanya.

Sumber: Borak Daily

Facebook Comments Box