Bengang RM25,000 Wang Hantaran Nak Dibahagi Dua, Wanita Tekad Mahu Tangguh Nikah Sampai Bakal Suami Cari RM10,000 Lagi

Bengang RM25,000 Wang Hantaran Nak Dibahagi Dua, Wanita Tekad Mahu Tangguh Nikah Sampai Bakal Suami Cari RM10,000 Lagi.

nangtime.com - Bengang RM25,000 Wang Hantaran Nak Dibahagi Dua, Wanita Tekad Mahu Tangguh Nikah Sampai Bakal Suami Cari RM10,000 Lagi
Gambar Hiasan

APABILA berbicara soal perkahwinan, ia bukanlah sekadar penyatuan antara dua insan.

Sebaliknya, banyak lagi aspek lain yang harus diambil kira termasuklah wang ringgit yang akan dibelanjakan untuk merealisasikannya.

Terbaharu, tular di Facebook dan Twitter mengenai luahan seorang wanita berkaitan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ujar wanita itu, wang hantaran berjumlah RM25,000 dari pihak lelaki akan digunakan untuk melangsungkan majlis di pihak keluarganya.

Namun, dia terkilan apabila bakal suaminya mahu nilai wang itu dikongsi bersama bagi membolehkan satu lagi majlis dijalankan di pihak sana.

“Bulan depan saya nikah hantaran RM25,000. Tapi hubby nak wedding dua tempat. Tempat saya dan tempat pihak lelaki.

“Saya cakap, kalau nak wedding dua tempat, hubby kena tambah duitlah sebab RM25,000 tu wedding tempat saya je.

Wanita itu menyarankan bakal suaminya menangguhkan majlis sehingga tahun depan untuk mencari wang tambahan.

nangtime.com - Bengang RM25,000 Wang Hantaran Nak Dibahagi Dua, Wanita Tekad Mahu Tangguh Nikah Sampai Bakal Suami Cari RM10,000 Lagi
Gambar Hiasan

“Kan awal-awal dah minta RM25,000 jadi itu hak saya. Kenapa tiba-tiba nak kahwin di tempat dia, dia juga pakai duit tu?” soal wanita berkenaan.

Dalam luahan sama, wanita itu mendedahkan suaminya sebenarnya membuat pinjaman kewangan untuk mendapatkan RM25,000 tersebut.

Malah, dia juga sebolehnya mahu majlis ditangguhkan setahun lagi agar suaminya dapat mencari wang tambahan.

“Hubby saya kata dia layak loan RM25,000 je sebab loan banyak… rumah, kereta lagi. Sekarang hubby terima gaji RM1,000 je sebulan sebab potong semua loan.

Allahu saya rasa hati dirobek-robek. Hak saya diperk0sa. Saya tak boleh terima macam ni.
BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN

“Jadi saya kata pada dia, kita tangguh nikah setahun lagi untuk dia kumpul RM10,000 untuk wedding di tempat pihak lelaki,” kata wanita itu lagi.

Namun katanya, bakal suami tetap berkeras mahu perkahwinan dilangsungkan tahun ini biarpun mereka berhadapan kesulitan kewangan.

Malah, ibu lelaki juga turut menyarankan agar perkahwinan di dua lokasi dibiaya dengan kos RM25,000 itu sahaja.

“Allahu saya rasa hati dirobek-robek. Hak saya diperkosa. Saya tak boleh terima macam ni.

“Perlukah saya batalkan semua ni? Saya sedih diperlakukan macam ni. Saya ada harga diri,” kata wanita itu lagi.

Wanita itu mengakui kecewa apabila wang hantarannya perlu dikongsi untuk melaksanakan majlis di pihak pengantin lelaki.

Paparan skrin luahan berkenaan turut dikongsi seorang pengguna Twitter sehingga menerima lebih 5,400 ulang kicau (Retweet).

Malah, ada yang turut mentertawakan wanita itu kerana kesilapan ejaan perkataan wedding (perkahwinan) yang ditulis sebagai welding (kimpalan).

Pada masa sama, ada yang mempertahankannya dan menganggap tidak semua orang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang bagus.

nangtime.com - Bengang RM25,000 Wang Hantaran Nak Dibahagi Dua, Wanita Tekad Mahu Tangguh Nikah Sampai Bakal Suami Cari RM10,000 Lagi

Selain itu, netizen juga memberikan pendapat agar dia berbincang sebaiknya berhubung majlis perkahwinan tersebut.

– mStar

Facebook Comments Box