Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila dia disuruh oleh suaminya untuk menggoreng ikan di dapur. Dalam kejadian yang berlaku di perkampungan Dena, Madapangga, Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia itu, wanita berusia 40 tahun itu bertindak menyimbah minyak panas kepada suaminya!
Kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu dikatakan berpunca daripada si isteri yang berang apabila disuruh suaminya, Anwar, 50 untuk menggoreng ikan.
Namun ketika suaminya sedang baring dipercayai menunggu ikan goreng, wanita itu membawa kuali yang berisi minya panas dan menyimbah minyak panas itu kepada suaminya
Susulan daripada kejadian tersebut, si suami telah melecur di badan dan juga muka serta dikejarkan ke hospital untuk dirawat.
Si isteri telah ditahan oleh pihak polis susulan laporan yang dibuat ahli keluarga suami yang tidak menerima kejadian tersebut.
“Tidak lama selepas laporan itu, sepasukan anggota ke kampung itu untuk menahan suspek. Dia kemudian dibawa ke balai polis Bima untuk tindakan lanjut,” kata Ketua Polis Madapangga, Iptu Ruslan.
“Berdasarkan keterangan anak kandung mangsa, ibunya melakukan demikian gara-gara mangsa meminta dia menggoreng ikan.
VIDEO:
View this post on Instagram
Pihak polis diberitahu bahawa si suami telah dihantar oleh jirannya ke Hospital Madapangga untuk mendapatkan rawatan. Motif sebenarnya kenapa isterinya bertindak sedemikian terhadap suaminya sendiri masih lagi dalam siasatan polis.