Berang Tetamu Tak Hadir, Pasangan Pengantin Kemukakan Tuntutan Pembayaran RM1,000 Seorang

Biasanya apabila kita menjemput orang untuk ke sesuatu majlis, kita mesti harapkan kedatangan mereka bukan. Tapi jika mereka tidak datang pun, selalunya kita akan bersangka baik mereka mungkin ada sesuatu hal atau sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.Berang Tetamu Tak Hadir, Pasangan Pengantin Kemukakan Tuntutan Pembayaran RM1,000 SeorangPasangan pengantin baru dari Amerika Syarikat berang dan tidak puas hati apabila tetamu yang sudah dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan mereka di Royalton Negril Resort & Spa di Jamaica tidak memunculkan diri.

Susulan itu, mereka bertindak menghantar invois kepada tetamu dijemput mereka dan menuntut mereka untuk membayar ganti rugi sebanyak AS$240 (RM1,000). Menerusi gambar invoice yang ditularkan, para tetamu yang tidak menghadirkan diri dituntut membayar RM1,000 dalam tempoh sebulan dikira dari 18 Ogos lepas.

Pasangan pengantin Doug Simmons, 44 dan Deidra McGee, 43 melakukan tindakan nekad seperti itu kerana mereka telah menanggung kos sekitar RM500 (AS$120) bagi setiap tetamu majlis dan akhirnya kecewa kerana mereka tidak datang. Berang Tetamu Tak Hadir, Pasangan Pengantin Kemukakan Tuntutan Pembayaran RM1,000 SeorangJelas Doug lagi, mereka mengemukakan tuntutan itu bukan kerana duit tetapi berpendapat bahawa tetamu yang dijemput tidak menghormati mereka apabila gagal hadir tanpa berikan sebarang alasan.

Doug Simmons yang merupakan seorang peniaga di Chi-Town mengaku mengeluarkan invois itu bersama kenyataan dan tanda pagar #pettypost, “Invois ini diberikan kerana awak sudah mengesahkan kehadiran ketika pengiraan akhir tetamu.”

Dalam notis itu turut disertakan nota, “Disebabkan awak tidak menelefon atau memaklumkan ketidakhadiran, maka ini hutang yang perlu awak jelaskan selepas kami menempah tempat duduk awak. Pembayaran boleh dibuat menerusi Zelle atau PayPal.”Berang Tetamu Tak Hadir, Pasangan Pengantin Kemukakan Tuntutan Pembayaran RM1,000 Seorang

Tambah Doug lagi, dia dan isteri hanya menjemput tidak lebih 100 tetamu pada majlis tersebut dan sudah bertanyakan 4 kali sama ada mereka boleh datang dan setiap kali itu jawapan ‘tetamu’ itu adalah ya, akan hadir. Jelasnya lagi mereka juga perlu membayar dahulu untuk tempahan dibuat di Jamaica.

“Malangnya tiada siapa pun beritahu saya atau menghantar pesanan mengatakan tidak dapat hadir – itu sahaja yang saya minta.

Berang Tetamu Tak Hadir, Pasangan Pengantin Kemukakan Tuntutan Pembayaran RM1,000 SeorangDoug juga memberitahu jika ada antara tetamu yang memaklumkannya terlebih dahulu jika mereka tidak dapat hadir, dia akan faham tetapi akhirnya tiada seorang pun yang memberitahu mereka.

Facebook Comments Box