Berhabis RM2 RIBU Lebih Untuk Rawatan Kecantikan, Tapi Wajah Jadi Macam Manusia Gajah

Memang lumrah seorang wanita yang sukakan kecantikan dan sudah menjadi kebiasaan buat kebanyakkan wanita berminat untuk melakukan sesuatu untuk mencantikkan diri.nangtime.com - Berhabis RM2 RIBU Lebih Untuk Rawatan Kecantikan, Tapi Wajah Jadi Macam Manusia Gajah

Seorang wanita dikenali sebagai Sara Gibson juga tidak terkecuali dan dia telah menempah rawatan kosmetik bernilai 400 Pound Sterling (RM2,184) di sebuah salon rambut yang terletak di Eyemouth, Berwickshire, United Kingdom.

Namun hasil daripada rawatan kosmetik tersebut sangat berbeza dengan apa yang diharapkannya, malah kelihatan lagi teruk dari sebelumnya. Wanita berusia 46 tahun itu mendakwa rawatan di salon berkenaan telah menyebabkan wajahnya seperti manusia gajah!

nangtime.com - Berhabis RM2 RIBU Lebih Untuk Rawatan Kecantikan, Tapi Wajah Jadi Macam Manusia Gajah

Wanita itu juga mendakwa dirinya mengalami reaksi alergi yang mengerikan. Tambahnya lagi rahangnya turut membengkak dan terdapat benjolan di bawah kulitnya dan dia turut bimbang keadaan tersebut akan mengancam nyawanya.

Menurut Sara Gibson, ketika rawatan, dia disuntik oleh seorang pakar kecantikan dengan produk yang dikatakan hanya boleh digunakan oleh pakar dermatologi berkelayakan.

nangtime.com - Berhabis RM2 RIBU Lebih Untuk Rawatan Kecantikan, Tapi Wajah Jadi Macam Manusia Gajah

Pakar kecantikan tersebut dikatakan turut menyekat Sara di laman sosial Facebook apabila dia meminta ‘refund’

nangtime.com - Berhabis RM2 RIBU Lebih Untuk Rawatan Kecantikan, Tapi Wajah Jadi Macam Manusia Gajah

Ibu kepada 4 orang anak itu sangat kecewa dan bimbang melihat wajahnya berubah menjadi bengkak dan kelihatan seperti manusia gajah.

Sara akhirnya memfailkan tindakan undang-undang ke atas pakar kecantikan tersebut demi mendapatkan keadilan buat dirinya.

Facebook Comments