Beri Kunci Spare Pada Teman Lelaki, Gadis Terima Padah Apabila Dirompak Dan Kerugian RM72K!

Gara-gara dilamun cinta, seorang gadis dilaporkan telah menyebabkan rumahnya dirompak oleh teman lelakinya sendiri selepas memberikan teman lelakinya itu kunci ‘spare’ rumahnya, lapor India Times.nangtime.com - Beri Kunci Spare Pada Teman Lelaki, Gadis Terima Padah Apabila Dirompak Dan Kerugian RM72K!

Menurut India Times, suspek didakwa telah merompak barangan di rumah keluarga gadis itu bernilai Rs 13 lakh (RM 72,060.73).

Difahamkan, suspek telah melakukan rompakan itu semasa gadis tersebut dan keluarganya tidak ada di rumah.

Keluarga gadis itu dilaporkan merancang untuk melancong tetapi gadis tersebut dikatakan enggan mengikut keluarganya melancong dan memilih untuk menghabiskan masanya bersama kekasihnya itu.

Namun bapanya enggan membenarkannya tinggal sendirian dan memaksanya untuk mengikuti mereka. Tertuduh yang menghidu peluang keemasan itu telah bertindak mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah tersebut.

Menurut Hindustan Times, suspek telah didakwa menggunakan kunci pendua untuk mencuri barangan yang bernilai Rs 13 lakh (RM RM 72,060.73). Ketika gadis itu dan keluarganya pulang pada 27 Januari, mereka telah menyedari bahawa rumah mereka telah dirompak.

nangtime.com - Beri Kunci Spare Pada Teman Lelaki, Gadis Terima Padah Apabila Dirompak Dan Kerugian RM72K!

Berikutan dengan itu, keluarga tersebut terus melaporkan kejadian itu kepada pihak polis Colaba.

Setelah siasatan dijalankan, pihak polis mendapati bahawa pelakunya seakan ada kunci rumah tersebut kerana tiada tanda-tanda pecah masuk dikesan. Keluarga tersebut pada mulanya mengesyaki bahawa gadis itu bertanggungjawab atas rompakan itu kerana dia tidak sabar untuk pulang ke rumah.

Selepas disoal siasat, gadis itu memberitahu kepada pihak polis bahawa kekasihnya mempunyai kunci rumahnya.

Sejurus selepas itu, teman lelakinya itu terus ditahan dan disoal siasat seterusnya mengakui perbuatannya.

Sumber: India Times, Siakap Keli

Facebook Comments Box