Berkenalan Dari PUBG Hingga Ke Jinjang Pelamin

Kuala Lumpur: “Saya pun tidak sangka bertemu jodoh di PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) walaupun pada awalnya sudah beberapa kali menolak permintaan dia (suaminya) bermain bersama dalam satu kumpulan,” kata Putri Alia Shahhiza Saidon.nangtime.com - Berkenalan Dari PUBG Hingga Ke Jinjang Pelamin

Putri Alia Shahhiza memberi reaksi itu ketika ditanya mengenai detik perkenalan bersama Mohammad Zulhilmi Azman yang bermula daripada rakan bermain di PUBG sehingga sah bergelar suami isteri.

Perkongsian itu dimuatnaik Putri Alia Shahhiza di aplikasi TikTok miliknya mendapat perhatian warganet sehingga meraih hampir 500,000 tontonan setakat ini.

“Sebenarnya, saya susah percaya lelaki apatah lagi dalam permainan video kerana orang kata ramai ‘buaya darat’.

“Tapi dalam masa yang sama suami tidak pernah putus asa dan sentiasa mencuba mendekati saya menerusi permainan video itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

nangtime.com - Berkenalan Dari PUBG Hingga Ke Jinjang Pelamin

Menceritakan semula detik pertemuan di alam maya itu, Putri Alia Shahhiza berkata, dia mula mengenali suaminya hanya sebagai rakan PUBG biasa sejak November tahun lalu.

“Dalam masa tiga bulan juga kami hanya berkomunikasi di PUBG dan akhirnya bertukar nombor telefon di Facebook Messenger.

“Bulan Februari tahun ini, hati saya terbuka untuk memilih dia sebagai pasangan. Walaupun sudah mula rapat, kami tidak pernah berjumpa berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Alhamdulillah ada baiknya kerana terhindar daripada maksiat,” katanya.

Menurutnya yang berasal dari Batu Gajah, Perak, dia yakin dengan pilihan hatinya itu atas dasar keperibadian yang dimiliki Mohammad Zulhilmi.

“Walaupun setiap malam ada latihan (scrim) PUBG, dia masih boleh bangun waktu subuh dan pergi kerja seperti biasa.

“Sejurus saja rentas negeri dibenarkan, Mohammad Zulhilmi yang menetap di Jawi, Pulau Pinang terus berjumpa ibu dan nyatakan hasrat untuk berkahwin. Dari situ buatkan saya lebih percaya yang dia benar-benar serius,” katanya.

Mengulas mengenai reaksi keluarganya, Putri Alia Shahhiza berkata, kedua-dua keluarganya gembira dan tidak menilai sejarah perkenalan mereka.

nangtime.com - Berkenalan Dari PUBG Hingga Ke Jinjang Pelamin

“Sejak berkahwin kami masing-masing sudah jarang bermain PUBG dan hanya fokus kepada kerjaya dan alam rumah tangga.

“Suami juga lebih fokus kepada perniagaannya sebagai pengusaha dan pembekal santan serta kerisik jenama Warisan,” katanya.

Pasangan yang berusia 20-an itu berkahwin pada 30 Oktober lalu di Pejabat Agama Daerah Kinta, Perak dan bercadang melangsungkan majlis perkahwinan pada 2 Januari depan.

Terdahulu, perkongsian yang dimuat naik Putri Alia Shahhiza tular di aplikasi TikTok miliknya sehingga meraih hampir 500,000 tontonan, 54,000 tanda suka dan 2,400 komen.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments