Seorang lelaki berkongsikan hantaran di facebook beliau mengenai seorang pemuda telah mencuri perhatian warga netizen. Perkongsian dari pengguna yang dikenali sebagai Zarul Zabidi itu adalah mengenai seorang pemuda miskin yang bekerja sebagai kelindan lori dan hanya makan gaji hari.
Menurut perkongsian tersebut, pemudakelindan lori itu yang sudah tidak dapat menahan lapar, tapi dia tiada wang. Lantas, dia telah meminta Zarul untuk membayarkan makanan untuknya.
“Abang saya lapar…”
Kesian dan bersimpati melihat nasib kelindan itu, Zarul pun terus bersetuju membayarkan makanan untuknya, dan meminta agar ambil apa sahaja yang dia ingin makan di kedai itu.
“Abang, saya lapar. Saya tiada duit, abang bayarkan boleh…”
Namun, apa yang menyentuh hati adalah kelindan lori itu hanya mengambil dua kuih seri muka dan sebungkus air milo dan memberitahu cukup baginya makan satu di waktu pagi dan satu lagi di waktu petang.
Zarul berkata, Kelindan lori itu sebenarnya tidak mahu mengambil banyak makanan kerana dia berasa malu meminta-minta, namun dalam keadaan mendesak terpaksa juga dia menebalkan muka.
Saya tanya kenapa tak ambil nasi lauk lauk or roti canai?
Kuih seri muka ni kan bawah die dah ada pulut nasi, cukup la bang 1 pagi 1 petang nanti sy makan.
Saya segan bang ini pertama kali dalam hidup sy meminta orang
Lebih mulia adik jujur meminta dari adik menyamun or merompak , adik kerja apa?
Saya Kerja Kelindan Lori gaji ikut trip ade trip ade gaji bang.
“Saya segan bang, pertama kali dalam hidup minta dengan orang…”
“ Ya allah ya tuhan ku kau limpah kan lah rezeki ku seperti air zam-zam! Supaya aku dapat membantu lebih ramai lagi orang yang tidak bernasib baik seperti adik ini!
Hantaran perkongsian lelaki ini di facebook telah mendapat lebih 11,000 ribu reaction, dan lebih 4,500 perkongsian. Rata-rata netizen melahirkan rasa sedih mereka dengan keadaan pemuda berkenaan dan mereka juga tidak ketinggalan memuji tindakan mulia lelaki ini.
Netizen turut mendoakan agar mereka berdua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
Semoga kisah ini boleh dijadikan salah satu contoh inspirasi buat kita semua agar bersikap pemurah dan prihatin terhadap orang disekeliling kita.
Kredit: Zarul Zabidi