Berlian ‘Ultra-Rare’ Merah Jambu Terjual Dengan Harga RM109 Juta

Satu berlian berwarna merah jambu mencipta rekod baru dalam satu acara lelongan rumah lelong terkemuka, Sotheby’s. Berlian merah jambu dan ungu yang dikenali sebagai ‘The Spirit of the Rose’ dan seberat 14.83 karat itu berjaya terjual dengan harga AS$26.6 (kira-kira RM109 juta).nangtime.com - Berlian ‘Ultra-Rare’ Merah Jambu Terjual Dengan Harga RM109 Juta

Berlian yang berwarna merah jambu mendapat permintaan yang sangat tinggi di pasaran kerana ianya sangat sukar untuk ditemui dan dibeli.

Berlian ‘The Spirit of the Rose’ itu dibentuk daripada batu seberat 27.85 karat yang ditemui di lombong berlian milik firma Alrosa di republik Sakha di timur laut Siberia, Rusia, pada 2017.

nangtime.com - Berlian ‘Ultra-Rare’ Merah Jambu Terjual Dengan Harga RM109 Juta

Kerja untuk memotong berlian itu mengambil masa hampir setahun demi untuk mengekalkan warna asli merah jambunya.nangtime.com - Berlian ‘Ultra-Rare’ Merah Jambu Terjual Dengan Harga RM109 Juta

 

Dikatakan hanya dalam beberapa minit sahaja, harga bidaan berlian itu telah mencecah RM94 juta, namun bidaan semakin naik dan akhirnya terjual pada harga RM109 Juta. Identiti pembida dan pemilik baru berlian ‘The Spirit of the Rose’ itu bagaimanapun dirahsiakan.

nangtime.com - Berlian ‘Ultra-Rare’ Merah Jambu Terjual Dengan Harga RM109 Juta
Kredit: Sotheby’s

Menurut Sotheby’s, dalam senarai 10 berlian termahal di dunia, lima diantaranya adalah merupakan berlian berwarna merah jambu.

Facebook Comments Box